[Mohon Sekarang] Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019
# Gaya Hidup

[Mohon Sekarang] Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 7, 2019
pada 1:07 PM

Sekali lagi berita gembira kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan memperkenalkan bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama khusus bagi golongan berpendapatan rendah. Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia akan membantu pembeli rumah yang layak mendapat pembiayaan secara konvensional atau islamik melalui bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank Ambank dan RHB.

Bajet 2019 yang memperuntukkan sejumlah RM 1 billion bermula selama 2 tahun, iaitu 2 Januari 2019 sehingga habis digunakan semuanya. Keprihatinan kerajaan bukan sahaja terhadap pembinaan rumah seperti Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Rakyat 1Malaysia tetapi juga dari segi pembiayaan dan pemilikan untuk golongan berpendapatan rendah. 

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM 

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan maksimum RM 2,300 sebulan bagi seisi rumah
  • Bekerja sendiri atau makan gaji
  • Peminjam tunggal atau peminjam bersama
  • Tidak mempunyai sebrang rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu. 

Sebelum buat permohonan, pastikan anda semak rekod CCRIS agar urusan peminjam mudah. Modul kewangan juga akan disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pembeli rumah yang memohon pembiayaan di bawah dana ini. Untuk maklumat kewangan lanjut, boleh hubungi:

  • AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
  • CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
  • Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688
  • RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia)

Pemohon dikehendaki menyempurnakan modul pendidikan kewangan secara dalam talian di https://learn.akpk.org.my/ sebelum mengemukakan permohonan. Boleh juga menghubungi bank-bank tertera berkaitan dana ini. 

Maklumat lanjut boleh hubungi 1-300-88-5465 atau layari laman web Bank Negara Malaysia.