Amalkan 4 Cara Ini Untuk Kekal ‘Enjoy’ Dengan Pekerjaan Anda
# Pengetahuan Pekerja

Amalkan 4 Cara Ini Untuk Kekal ‘Enjoy’ Dengan Pekerjaan Anda

post by null

by Admin

May 9, 2016
pada 2:14 AM

Masalah anak muda zaman sekarang terlalu mudah mencari jalan keluar atas alasan minat mereka dalam sesebuah bidang. Itu memang kami sendiri setuju, tapi  kalua baru kerja dan tak cukup pengalaman  lagi sudah mula ada niat mahu tukar kerja itu hanyalah sekadar alasan bagi mereka.

Cuba amalkan dahulu 4 cara ini supaya kerja diluar bidang anda bukan menjadi satu halangan utama anda untuk ‘perform’. Timba pengalaman dahulu secukupnya barulah fikir hala tuju kerjaya anda.

1.Pilih kerja yang anda minat

Setiap manusia pasti ada perkara yang mereka minat kerana, setiap perkara yang anda minat tidak akan bosan melakukan perkara tersebut berulang kali. Ini juga termasuk di dalam bidang pekerjaan.

2.Sayangi kerja anda

Tidak kira dalam bidang apa saja yang anda bekerja cuba cari passion terhadap kerja anda. Dengan cara ini anda akan merasakan bahawa seperti anda tidak bekerja kerana anda melakukan sesuatu perkara yang anda minati dan sayangi.

Tambah pula, anda dapat mengekalkan prestasi kerja dan akan menjadi semakin produktif.

3.Fahami bidang kerja yang dilakukan

Kuasai diri anda dengan memperbanyakkan praktis dalam kerja yang di lakukan. Asah kemahiran tersebut agar anda merasakan bahawa ia bukanlah satu halangan jika tugasan tersebut diberikan kepada anda.

4. Fokus Pada Kerja, Abaikan Politik Dalam Organisasi

Persekitaran di tempat kerja adalah salah satu faktor utama gangguan focus kerja kita, cuba jangan libatkan diri dengan masalah politik, drama dan krisis. Fokus pada kerja dan abaikan segala masalah yang tiada kaitan kerja di pejabat. Ini kerana masalah politik di tembah kerja sentiasa ada di mana-mana.