Semasa bekerja, sudah pasti kita akan berinteraksi antara satu sama lain, bekerjasama untuk memajukan sesuatu perkara dengan tujuan yang sama selari dengan matlamat organisasi, syarikat atau mana-mana tempat anda bekerja.


by Ehsan
Semasa bekerja, sudah pasti kita akan berinteraksi antara satu sama lain, bekerjasama untuk memajukan sesuatu perkara dengan tujuan yang sama selari dengan matlamat organisasi, syarikat atau mana-mana tempat anda bekerja.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan akan adanya perselisihan faham dengan rakan sekerja mengenai sesuatu perkara. Tetapi tahukah anda, perkara sebegini dapat dikurangkan sekiranya anda menggunakan bahasa yang lebih elok atau positif ketika berkomunikasi dengan rakan kerja korang. Ujaran-ujaran yang biasa dilafazkan yang menjadi kebiasaan boleh digantikan ke dalam ujaran yang lebih positif dan tidak menyinggung perasaan orang lain.
1. Meminta Pertolongan
Sekiranya rakan sekerja anda meminta pertolongan berkaitan sesuatu tugasan atau perkara dan anda kata 'TIDAK BOLEH, TIDAK ADA MASA, SAYA BUSY', INI BUKAN KERJA SAYA PUN, lebih baik sekiranya anda menjawab secara lebih positif seperti 'MAAF, SAYA TIDAK DAPAT MEMBANTU, TAKPE SAYA CARIKAN JALAN LAIN"atau 'BUKAN SAYA TAKNAK MENOLONG AWAK TETAPI SAYA BUKANLAH ORANG YANG TERBAIK UNTUK AWAK RUJUK".
2. Meminta Maaf
Sekiranya anda atau rakan sekerja anda melakukan kesalahan dan anda ujarkan "SAYA MINTA MAAF UNTUK PERKARA ITU" tidak terlalu memberikan kesan, seeloknya seperti ini "TERIMA KASIH UNTUK INPUT YANG SAYA DAPAT HARINI, SAYA AKAN MEMPERBAIKINYA NANTI". Ujaran ini lebih bersungguh-sungguh untuk belajar dari kesilapan.
3. Memberikan Cadangan atau Pandangan
Dalam sesebuah organisasi, sudah pasti berlaku sesi perkongsian idea, memberikan cadangan dan pandangan tentang sesuatu perkara untuk tujuan hasil yang lebih baik. Tetapi sekiranya anda tidak bersetuju dengan seseorang itu, elakkan untuk berkata sebegini, 'SAYA TIDAK BERSETUJU, SAYA TAK SUKA, PERKARA ITU TAK AKAN MENJADI PUN, NAMPAK MACAM SALAH JE, NAMPAK MACAM BODOH JE' kata-kata sebegini sangat tidak digalakkan kerana tidak memberikan kesan yang baik kepada sesuatu perkara yang dibincangkan. Cuba praktikkan untuk membalas seperti ini, 'SAYA CADANGKAN, BOLEH SAYA BERIKAN PANDANGAN, SAYA NAMPAK APA YANG ANDA CUBA SAMPAIKAN, BAGAIMANA KALAU KITA BUAT MACAM NI, APA KATA KITA CUBA ALTERNATIF LAIN". Kata-kata sebegini lebih positif dan tidak nampak seperti anda menidakkan terus pandangan rakan sekerja anda.
Berikut merupakan beberapa cara jawapan yang lebih positif yang mungkin boleh mengubah suasana kerja yang lebih produktif dan aman dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Share dekat kawan-kawan korang.