Soalan 'MAUT' Korang Perlu Elak Bila Dalam Interview
# Pengetahuan Interview

Soalan 'MAUT' Korang Perlu Elak Bila Dalam Interview

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 27, 2021
pada 7:55 AM

Korang yang bakal kena interview atau sedang bersiap sedia nak kena interview kejap lagi, baca ni! Ingat masa kena interview atau dan selesai interview, apabila majikan tanya ada apa-apa soalan tak yang korang nak bertanyakan pada mereka, korang kena elakkan tanya 4 soalan ni:

1.  Waktu Kerja - Soalan ini boleh ditanya tetapi bukan ketika interview sebab korang belum pasti lagi dapat kerja dan majikan boleh nampak sama ada korang ni berkira ataupun tak. Seperti pukul berapa masuk, pukul berapa balik kerja? 

2. Berapa Gaji? Bonus? - Kalau boleh biarkan majikan dulu persoalkan berkenaan perkara ini, tetapi jika majikan tak persoalkan, korang boleh bertanya dengan sopan seperti: Dengan kelayakan yang saya ada ini, berapa ye gaji yang ditawarkan dan janganlah melampau sehingga terburu-buru bertanyakan tentang bonus.

3. Buat Part-Time - Semasa interview korang minta full-time tapi tanya berkaitan part-time, memang salah! Perkara ini akan nampak yang korang tak bersungguh-sungguh nak jawatan tu dan mungkin akan tak komited dengan kerja yang dilakukan. 

4. Tak Bertanya Apa-Apa Soalan - Tidak salah cuma ini menampakkan yang korang tiada rasa ingin tahu yang tinggi dan korang faham kkeseluruhan proses interview tu.

Tonton Video Penuh Disini


Jom sertai Genting Skyworlds! Lebih 170 jawatan kosong disediakan. 

Pihak genting akan berada di seluruh semenanjung Malaysia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka. Jika berminat, klik link dibawah untuk mengetahui Lokasi, Masa, sesi temuduga di negeri anda!