[INFO] Elak Kena Saman, Ini Senarai Lokasi Kamera AES Seluruh Malaysia, Pemandu WAJIB Tahu!
# Others

[INFO] Elak Kena Saman, Ini Senarai Lokasi Kamera AES Seluruh Malaysia, Pemandu WAJIB Tahu!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 19, 2019
pada 9:59 AM

Buat semua pengguna lebuhraya, anda mungkin perlu lebih berhati-hati selepas ini, tahu tak AES, lokasi dan fungsinya? Kalau tak tahu baca ni.

Apa itu AES?

AES (Automated Enforcement System) adalah satu sistem pengesan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Fungsi AES

AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memandu melebihi had laju

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center).

Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

LOKASI AES SELURUH MALAYSIA

Berikut adalah senarai 30 lokasi kamera AES yang diumumkan pihak JPJ.

Kedah

  • KM 96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (SB)
  • KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (NB)
  • KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB)

Pulau Pinang

  • KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan (SB)

Perak

  • KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River (NB)
  • KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai
  • KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping (NB)
  • KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar (NB)
  • KM 382.8, Behrang

Selangor

  • KM 6.6, Jalan Kajang/Puchong (SKVE) (Puchong ke Kajang)
  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (NB)
  • KM 18, Lebuhraya Guthrie (NB)
  • KM 18, Lebuhraya Guthrie (SB)
  • KM 28.4, Lebuhraya ELITE (NB)
  • KM 17 Lebuhraya ELITE (SB)

Putrajaya

  • Jalan Lebuh Sentosa (Kajang ke PICC)

Negeri Sembilan

  • KM 21, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) SB
  • KM 21, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) NB

Melaka

  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (SB)
  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (NB)
  • KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin (NB)
  • KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban (SB)

Johor

  • KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh (NB)
  • KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh (SB)
  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bharu (NB)
  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bharu (SB)

Terengganu

  • KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah Kuala Lumpur)
  • KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah Kuala Terengganu)

Kelantan

  • KM 17 Gua Musang – Kuala Krai (arah Kota Bharu)

 

Lepas ni, korang bolehlah lebih berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya ok. Bukan tempat yang ada kamera AES je, tapi di semua tempat. Ingat biar lambat asalkan selamat, sayangilah nyawa anda dan keluarga tercinta.