5 Fakta Hutan Amazon Yang Semua Tak Tahu, Oh, Lokasi Filem Famous Korang Rupanya!
# Others

5 Fakta Hutan Amazon Yang Semua Tak Tahu, Oh, Lokasi Filem Famous Korang Rupanya!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 21, 2019
pada 11:05 AM

Kebakaran hutan hujan Amazon kini pada rekod terburuk. Awal bulan ini, Brazil mengisytiharkan darurat terhadap peningkatan jumlah kebakaran di rantau ini. Setakat ini, hampir 73,000 kebakaran telah dikesan oleh INPE Pusat Penyelidikan Ruang Angkasa Brazil. ini menandakan kenaikan 83% daripada tahun 2018 dan jumlah tertinggi dalam rekod sejak 2013. menurut Reuters. 

Tapi tahukah anda tentang 5 fakta menarik mengenai hutan hujan Amazon ni?

1. Hutan terluas di dunia 

Semua dah tahu kan Amazon merupakan hutan hujan terluas di dunia? Tapi, korang tahu tak Amazon bukan milik Brazil je? Dengan luas sekitar 5,5 juta kilometer persegi, Hutan Amazon berada di sembilan negara sekaligus. Brazil mendominasi dengan mencakupi 60%  hutan. Selain Brazil, Colombia, Peru, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname, dan Guiana Perancis

2. Sungai Amazon merupakan salah satu yang terpanjang di dunia serta menyimpan banyak misteri

Sungai Amazon adalah salah satu yang terpanjang dengan panjang sekitar 6.400 km dari jantung hutan Amazon ke kaki pergunungan Andes, menjadikan lembah sungai Amazon sebagai salah satu sistem sungai terbesar di dunia. Ini juga salah satu sungai paling indah dan menakjubkan di dunia.

3. Lokasi famous penggambaran filem 

 

Beberapa filem yang melakukan penggambaran di sini seperti Amazonia (2013), The Emerald Forest (1985), The Lost City of Z (2016), Embrace of the Serpent (2015), The Mission (1986), dan masih banyak lagi yang lainnya. Apa filem favourite korang?

4. Manaus Kota Amazonas 

Ibukota dan bandar terbesar di negeri Amazonas Brazil. Ia adalah bandar ketujuh terbesar di Brazil, dengan anggaran populasi 2018 sebanyak 2,145,444 diagihkan di atas tanah seluas 4,401.97 batu persegi (11,401 km2).

5. Banyak haiwan menyeramkan 

 

Sebagai hutan hujan terbesar, sudah pasti banyak spesies yang mendiami hutan ini dan menyeramkan seperti anaconda hijau, piranha, caiman hitam dan banyak lagi.