


by Ehsan

Kemurungan atau depresi bukanlah suatu yang janggal berlaku pada dunia alaf 21 ini. Kajian menunjukkan bahawa penyakit ini juga boleh dirawat seperti penyakit lain. Walau bagaimanapun, langkah pertama ialah dengan memahami penyakit depresi itu sebenar-benarnya dan bukannya penyakit lain. Beberapa tanda atau simptom yang boleh dikesan untuk penyakit ini.
Berikut beberapa tanda yang mungkin anda alami depresi dan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan pandangan.
1. Berasa penat dan mudah berputus asa

Kekurangan tenaga berterusan selama beberapa hari berturut-turut walaupun rutin korang tak banyak berubah. Korang letih sebaik sahaja bangun dari tidur.
2. Merasakan diri tidak berharga dan tak layak untuk hidup

Korang mula percaya bahawa korang tidak berguna. Pemikiran untuk membunuh diri mula menyelubungi diri dan kebarangkalian tidak takut akan kematian kerana korang tak dapat melihat kehidupan dengan baik.
3. Ada masalah untuk menumpukan perhatian dan mengingati sesuatu.

Korang mula lupa perkara-perkara penting dan tidak dapat dengan mudah mengingat nama atau nombor telefon. Mendengar seseorang atau membaca buku menjadi satu cabaran kerana anda tidak boleh memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku.
4. Anda mempunyai masalah untuk tidur

Perkara ini haruslah dapat dibezakan sama ada insomnia atau korang tidur terlalu lama. Walaupun korang tidur lama tetapi korang masih nak tidur kerana tidak mempunyai tenaga dan ingin menghabiskan hari sepenuh masa di atas katil.
5. Perubahan berat badan

Secara tiba-tiba naik atau susut berat badan. Korang juga boleh alami selera makan yang luar biasa dan berasa lapar sentiasa tanpa mengira berapa banyak yang korang makan. Kadang-kala tidak berasa lapar sama sekali.
6. Tiada apa-apa yang memuaskan atau mendatangkan keseronokan kepada korang

Aktiviti, apa-apa perkara atau orang yang disukai tidak mendatangkan kegembiraan dalam hidup korang. Sentiasa berasa bosan, letih, dan tidak mempunyai keinginan untuk apa-apa.
7. Mood berubah-ubah

Korang sentiasa sedih, cemas atau terancam dan korang tidak dapat menentukan alasan yang jelas untuk sesuatu perkara.
8. Tahap kesihatan anda merosot

Korang mula mengalami sakit, yang paling biasa pada bahagian sendi atau tulang belakang dan anda mungkin mengalami masalah pencernaan. Kedua-duanya tidak mempunyai alasan yang mudah dijelaskan (seperti trauma atau makan tengahari berlemak) dan memerlukan rawatan berlainan.
Perlu diingatkan bahawa tanda-tanda ini perlulah berterusan bukannya sekejap sahaja. Sekiranya korang atau keluarga atau rakan menunjukkan tanda-tanda kemurungan, korang perlu berbincang dengan doktor supaya mereka tahu keadaan dan memberikan rawatan yang sewajarnya.