9 Cara Yang Perlu Anda Tahu Untuk Lulus Temuduga Dengan Mudah
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

9 Cara Yang Perlu Anda Tahu Untuk Lulus Temuduga Dengan Mudah

post by null

by Admin

Jan 10, 2022
pada 3:27 PM

Temuduga, ya lagi-lagi temuduga. Rasanya dah hampir setahun keluar dari universiti, tapi masih belum dapat pekerjaan. Hmm, pada kami mungkin markah anda ketika ditemuduga sedikit ataupun anda tak layak untuk jawatan tersebut. Tapi, jangan bimbang, kami sebenarnya di Maukerja Malaysia ingin membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan-pekerjaan idaman. Jadi, disini kami sediakan 9 cara yang dilihat oleh si penemuduga dalam memberikan markah tambahan kepada anda ketika temuduga.

Paras rupa fizikal

Panel Temuduga akan melihat dari segi penampilan diri anda,pemakaian anda paras rupa dan juga kekemasan diri. Jadi, sekiranya anda benar-benar serius inginkan pekerjaan tersebut, pastikan anda tampil dengan etika pemakaian yang betul.

Tingkah laku

Ini sangat penting! Anda turut dinilai melalui kelakuan anda,pengawalan emosi,kejujuran,kesopanan gan dan juga ketengangan. Jadi,janganlah emo tak tentu pasal sewaktu ditemuduga. Jaga tutur kata dan bicara.

Kemahiran bertutur

Dinilai melalui cara anda bercakap iaitu Tenang,mudah difahami,bercakap dengan lancar,perbendaharaan kata dan penyampaian yang jelas. Pastikan setiap perkataan yang keluar dari mulut anda kedengaran jelas. 

Keyakinan

Saat ditemuduga, yang penting adalah keyakinan diri. Tak apa sekiranya anda tidak tahu jawapan sebenar, yang penting anda jujur dan yakin. Selain itu, kematangan sikap, pendapat, dan ketabahan turut dilihat!

Kewibawaan

Perkara ini dinilai melalui personaliti yang tegas dan bertenaga serta mempunyai kemahiran untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah yang diberi. Jadi, cuba untuk nampak professional ketika berhujah. Jangan menipu!

Motivasi

Sekiranya anda mempunyai kadar kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menjawat jawatan yang ditawarkan, anda akan diberi markah bonus! Maklumlah, setiap pekerjaan memerlukan motivasi yang sangat tinggi untuk memberikan yang terbaik terhadap syarikat.

Pembawaan

Dinilai melalui kemesraan dan kemampuan bergaul,perangai,kawalan emosi dan mempunyai pemikiran diluar kotak. Senang cerita, ia berkaitan bagaimana anda membawa diri anda dalam pergaulan. Faham?

Kecerdasan

Keupayaan berfikiran secara kritis dan kreatif yang tinggi, boleh menjawab soalan dengan baik,berfikiran logik dan membina.

Pengetahuan

Dinilai berdasarkan isu-isu semasa yang terjadi dan popular jadi pastikan anda mengambil tahu hal-hal semasa.

Jadi, inilah dia 9 perkara yang dapat membantu memberikan markah bonus kepada anda saat ditemuduga. Pastikan anda tahu mengeni perkara ini jika serius untuk mendapat pekerjaan ya! Good luck!