Awas! Jangan Cakap Mengenai 3 Perkara Ini Ketika Sesi Temuduga
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Awas! Jangan Cakap Mengenai 3 Perkara Ini Ketika Sesi Temuduga

post by null

by Admin

May 11, 2016
pada 3:33 AM

Soalan-soalan temuduga sememangnya sangat mendebarkan. Kadang-kala dek kerana nervous tak tantu pasal, boleh hilang jawapan yang ada didalam kepala. Betul tak?

Bukan korang je yang rasa, kami pun pernah melaluinya! Tapi, sedarkan anda bahawa ada 3 perkara yang tak sepatutnya disentuh oleh majikan mahupun anda sendiri. Ianya sedikit sensitif untuk dijadikan topik perbincangan.

Jadi, kami nasihatkan anda tidak bertanya mengenai 3 perkara ini kepada bakal majikan atau sekiranya mereka bertanya soalan yang menyentuh 3 perkara sensitif ini, anda jawab dengan berhati-hati.

1. Agama & Bangsa

Bab-bab yang menyentuh tentang agama seseorang sememangnya satu perkara yang sensitif. Contohnya, jika diberi kesempatan untuk bertanya soalan kepada bakal majikan, anda dilarang sama sekali bertanya 'Ramai tak pekerja berbangsa Melayu dan beragama Islam disini?'.

Alamatnya, anda tidak akan dipandang untuk memiliki jawatan tersebut. 

2. Hubungan & Perkahwinan

Ya, kami tahu kadang-kala encik penemuduga kacak mengalahkan pelakon Korea yang anda minat! Tapi, ini bukan tiket untuk anda menjadi terlebih gedik atau sesuka hati bertanyakan soalan mengenai status perkahwinannya.

Eh, bukan perempuan je yang tergedik bila nampak lelaki handsome tau! Yang lelaki, kalau nampak wanita persis Nora Danish, mulalah bajet-bajet dalam interview haha! Tapi awas, jangan tanya mengenai status hubungan percintaan ataupun perkahwinan orang lain ya!

3. Isu Gender

Hmm, isu gender ini sebenarnya banyak mendatang isu ketika sesi interview. Maklumlah, ada antara candidate yang hadir berperwatakan lembut ataupun terlebih 'macho' untuk perempuan.

Jadi, jika bakal majikan tanya anda mempunyai soalan-soalan atau tidak, jangan bertanya mengenai soalan yang membabitkan gender. Ini mungkin akan menyentuh sensitiviti orang lain.

Kalau betul anda nak bekerja, buatlah sehabis baik. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bukan apa, zaman sekarang ni susah nak dapat kerja, jadi apabila dah dipanggil ke temuduga, buatlah betul-betul ya!