Akta Kerja 1955 akan dipinda oleh Kementerian Sumber Manusia bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.


by Ehsan
Akta Kerja 1955 akan dipinda oleh Kementerian Sumber Manusia bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.
Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata draf pindaan Akta Kerja 1955 telah pun disiapkan dan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat ketika merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta Pelancaran Bayar dan Memang baru-baru ini.
“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLEC), wakil kesatuan sekerja dan wakil majikan berhubung perkara ini.
“Kerajaan amat prihatin terhadap permintaan kesatuan sekerja dan akan mempertimbangkan setiap cadangan yang dikemukakan” katanya.
Selain itu, tahukah anda jika mengikut perundangan golongan bapa di sektor swasta tidak layak memohon paternity leave.
Berbeza di sektor kerajaan pula di mana golongan bapa menikmati tujuh hari cuti paterniti bergaji manakala segelintir kakitangan kerajaan negeri diberi cuti sehingga 14 hari.
Namun ada syarikat yang memberikan ehsan cuti paterniti 1-3 hari sahaja.
Selain paternity leave, antara perkara lain yang dibincangkan dalam Akta Kerja 1955 ini termasuklah:
Info lanjut di sini : Akta Kerja 1955