Pakai Baju Warna Hijau & Biru Ketika Pembedahan, Ini Rupanya Alasan...
# Gaya Hidup # Others

Pakai Baju Warna Hijau & Biru Ketika Pembedahan, Ini Rupanya Alasan...

post by Ehsan

by Ehsan

Mar 22, 2020
pada 1:23 PM

Pernah tak terfikir kenapa doktor atau pelawat yang masuk di bilik bedah memakai 'overall' biru dan hijau? Kalau kita perasan, semua hospital di Malaysia, malah diseluruh dunia memakai pakaian berwarna begitu, termasuklah pengunjung yang berada disisi wanita yang sedang bersalin ataupun mereka yang kena penyakit kronik.



Selain daripada peraturan kerja, ada sebab-sebab tertentu kenapa warna ini dipilih, terutamnya dalam kalangan kakitangan hospital. Mereka bukannya saja-saja memakai warna tersebut, ini demi kebaikan pesakit dan memudahkan kerja mereka. Jadi, apa sebabnya dan kebaikan tu? Meh sini tengok

Warna Putih Boleh 'Membutakan' Mata Doktor Sebentar

Warna putih rapi boleh butakan mata pakar bedah untuk beberapa detik  jika mereka beralih pandangan mereka dari warna gelap darah ke housemanship mereka. Untuk gambaran yang lebih jelas lagi, pernah tak anda buka mata dalam gelap kemudian buka lampu ataupun pandang handphone?

Mesti pemandangan terganggu seketika, bayangkan dalam bilik pembedahan terjadi begitu, boleh beri kesan terhadap proses pembedahan, ia agak perkara serius kerana nyawa pesakit ditangan mereka.

Tapi Kenapa Warna Biru & Hijau?

Haaa..bukan itu sahaja, mesti korang akan fikir kenapa tak warna ungu ke, kuning ke, pink ke. Untuk pengetahuan korang, warna hijau dan biru adalah warna paling ketara bertentangan dengan warna merah berdasarkan visual spektrum cahaya.

Dalam keadaan getir sewaktu pembedahan, pakar bedah akan bayak fokus kepada organ dalaman yang kebanyakkannya berwarna merah, jadi ia tidak akan menganggu penglihatan mereka dan konsentrasinya.

Dapat Mengurangkan Kesilapan Semasa Operasi

Oleh itu warna hijau dan biru pada pakaian mereka bukan sahaja membantu untuk meningkatkan ketajaman penglihatan, ia juga membuatkan mereka lebih sensitif kepada warna  merah.

Jadi, ia membantu mereka memberi perhatian yang lebih kepada nuansa anatomi manusia, sebab paling ketara ialah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan kesilapan semasa operasi.