6 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Cover Letter
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

6 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Cover Letter

post by null

by Admin

May 11, 2016
pada 9:04 AM

Baru-baru ini kami ada kongsikan mengenai Cover Letter. Betul? Anda pun mesti dah baca perkongsian yang kami berikan. Bagaimanapun, ada lagi tips yang kami nak beri. 

Untuk pengetahuan, cover Letter ialah surat yang dihantar sekali bersama resume anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan.

Jadi, ini dia 6 perkara yang wajib anda letak didalam cover letter anda! Ini wajib tau, barulah cover letter anda kelihatan cun melecun. Majikan pun suka nak baca!

1. Kepala surat (letter header)

Bahagian ini haruslah mengandungi nama, alamat, nombor telefon bimbit dan alamat email anda. Bukan apa, ia menunjukkan anda lebih teratur dan peka dengan setiap maklumat yang mungkin majikan ingin tahu.

2. Tajuk 

Setiap cover letter mestilah mempunyai tajuk yang ringkas, lengkap tapi padat. Oleh itu, pastikan anda letak tajuk dan jika boleg bold kan tajuk anda!

3. Pengenalan

Pengenalan amat penting dalam apa jenis surat sekalipun kerana ia memberitahu tujuan surat tersebut dihantar, iaitu memohon kerja dan melampirkan resume.

4. Isi Kandungan I 

Menceritakan latar belakang anda secara ringkas. Latarbelakang bukan bermaksud sejarah hidup anda (tarikh lahir, kampung asal, jumlah adik-beradik, dsb.) tetapi maklumat-maklumat relevan mengenai jawatan tersebut (latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, skil). Pastikan isi kandungan padat dan tidak meleret-leret.

5. Isi Kandungan II

Menceritakan mengenai syarikat tersebut, contohnya mengapa syarikat tersebut sesuai dengan anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut. Ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah menyelidiki syarikat tersebut dengan mendalam sebelum memohon kerja.

6. Penutup 

Dibahagian penutup ini, anda harus memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga dan jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih.