Susah Nak Buang Air Besar? Korang Makan Je 6 Snek Ni!
# Others

Susah Nak Buang Air Besar? Korang Makan Je 6 Snek Ni!

post by Ehsan

by Ehsan

Sep 26, 2019
pada 2:28 PM

Perut memulas teruk tapi susah sangat nak buang air, dah teran separuh nyawa tapi tetap tak keluar. Bukan nak meleret cerita kotor tapi korang mesti pernah terkena sembelit kan? Tapi kadang-kadang ada juga sesetengah orang yang susah nak buang air besar walaupun dah makan dengan banyak.



Kesannya nanti buruk tau, kumuhan yang terkumpul dalam badan akan berubah menjadi toksin dan sekaligus menjejaskan kesihatan kita. Bukan itu sahaja, hygiene kita juga turut terkesan. Eww! Jadi, kalau dalam masa sehari korang tak buang air besar jangan pandang remeh, kerapkan diri tu untuk ambil pemakanan sihat, seperti di bawah ini

1. Buah Pear

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk sembelit, kerana ia adalah sumber air dan serat. Buah-buahan lain yang berair seperti epal dan plum mempunyai banyak surat dalam kulitnya.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, makan begitu sahaja. WebMD ada menjelaskan bahawa buah-buahan manis ini padat denan vitamin dan antioxidants dan banyak air serta serat. 

2. Pop Corn

Pelik kan? Tapi hakikatnya bertih jagung bantu korang untuk melawaskan lagi proses kumuhan. Untuk pengetahuan, bertih jagung bantu melancarkan penghadaman dalam makanan. Bukan sahaja sedap tapi penuh dengan serat. Memang bagus sebenarnya untuk diet.

3. Salad Kentang

Sedapnya! Kentang yang sejuk mempunyai serat dan dipenuhi dengan kanji. bagus untuk pembiakan bakteria baik. Selain itu kulitnya juga mempunyai zat yang tersendiri, lepas ni kalau masak jangan buang kulit tau. Bagus untuk penghadaman.

4. Tembikai

Selain dapat menyegarkan tekak korang pada musim panas, ia boleh melancarkan proses kumuhan. Memang tak banyak serat tapi kandungan air 92% itu yang membantu.

5. Kopi

Perasan tak perut mesti memulas lepas minum kopi pagi-pagi. Tak bahaya pun, sebenarnya sakit perut tu lah bagus, buang segala toksin dan bantu megembalikan kesegaran tubuh badan dan membersihkan dalaman korang

6. Kiwi

Ini makanan paling ideal! Kebanyakan buah mengandungi banyak gula yang boleh menyebabkan gas. Buah yang berserat tinggi, kurang gula seperti kiwi ini memang bagus. Kalau makan tak adalah rasa bloated sebelum nak 'melabur' tu. Selain itu lain-lain seperti oren, kacang, brokoli juga turut membantu, mesti yang ini korang dah tahukan?