Hantar Resume Anda Melalui 4 Cara Ini Untuk Senang Dapat Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Hantar Resume Anda Melalui 4 Cara Ini Untuk Senang Dapat Kerja

post by null

by Admin

May 12, 2016
pada 4:23 AM

Zaman sekarang sememangnya zaman sukar untuk mendapat pekerjaan. Sekiranya anda sudahpun memiliki pekerjaan, kami nasihatkan anda bertahan walaupun anda sudah tidak betah lagi bekerja di syarikat berkenaan.

Ini kerana peluang bekerja di syarikat lain teramatlah tipis dek kerana banyak syarikat bertindak untuk mengurangkan pekerja kerana faktor ekonomi yang semakin merosot!

Bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba, kami ad acara buat anda! Bukan yang sudah bekerja saja boleh gunakan cara ini, yang masih menganggur pun boleh try!

1. Email Resume Ke Syarikat Pilihan

Kami yakin, anda pasti sudah membuat kajian mengenai syarikat yang anda idamkan. Betul? Haa,sekiranya begitu, anda tentu sudah tahu alamat e-mail yang digunakan oleh syarikat berkenaan kan?

Tunggu apa lagi, hantarkan resume anda segera ke e-mail berkenaan dan lampirkan bersama resume anda yang tip top dan menawan. Jangan lupa cover letter dan e-mail hendaklah dihantar kepada bahagian HR.

2. Hantar Resume By Hand

Jangan takut untuk mengorak langkah ke syarikat-syarikat idaman anda. Buka untuk meminta simpati, tetapi dengan menghantar sendiri resume anda ke syarikat berkenaan, anda akan dilihat bersungguh-sungguh untuk bekerja!

Sekiranya pihak syarikat membenarkan anda menghantar resume terus ke bahagian HR, gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Sekiranya tidak, anda hanya perlu meninggalkan resume anda kepada receptionist yang bertugas pada hari berkenaan. Jangan lupa untuk meletakkan nama dan tuliskan ke alamat HR syarikat berkenaan.

3. Gunakan Orang Dalam

Anda ingat kami gila? Tak, kami masih waras. Tapi, hakikatnya, inilah yang harus diterima semua. Mengenali ‘orang dalam’ sesuatu syarikat akan mencerahkan peluang anda untuk dipanggil ke temuduga.

Hmm, walaupun kelihatan agak tidak adil, tetapi tiada salahnya untuk anda mencuba. Cuma, sekiranya anda telah mendapat pekerjaan idaman, pastikan anda melakukan kerja dengan baik dan amanah supaya tidak jadi bahan umpatan orang!

4. Apply Melalui Laman Mencari Kerja

Dah taka da cara lain? Dilaman internet sekarang, pelbagai laman mencari kerja yang diperkenalkan. Pelbagai tawaran pekerjaan dari jawatan kecil hingga jawatan besar disiarkan.

Anda hany perlu mengambil laptop dan isi segala maklumat diri anda. Tak tahu laman apa? Haa, Maukerja Malaysia menawarkan pel bagai kerja kosong buat anda! Jadi, apa tunggu lagi. Jom daftar di Maukerja Malaysia dan dapatkan pekerjaan idaman yang anda impikan selama ini.

Orang kata, tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan? Jadi, tak salah untuk mencuba 4 perkara ini demi mendapatkan pekerjaan.

Asalkan niat anda betul, pasti akan dipermudahkan. Jadi, kami nak ucapkan selamat mencuba dan semoga segala yang kita lakukan diberkati. InsyaAllah!