Segera Berjumpa Doktor Sekiranya Anak Anda Alami 10 Tanda Awal Autism Ini!
# Gaya Hidup

Segera Berjumpa Doktor Sekiranya Anak Anda Alami 10 Tanda Awal Autism Ini!

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 1, 2019
pada 9:57 PM

Menimang cahaya mata sudah semestinya sesuatu perkara paling indah dalam hidup ibu bapa, melihat anak membesar dengan telatahnya yang comel itu pasti dapat menceriakan hati ibu bapa. Namun, tak semua orang senasib dengan yang lain, sukar dilihat jika anak itu mengalami penyakit autism kerana reaksi kanak-kanak lain lebih kurang sama.



Sebenarnya ada cara untuk kita dapat kesan penyakit gangguan perkembangan otak kanak-kanak ini, jika mereka memberikan reaksi-reaksi yang dikongsikan oleh Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi  Katanya, jika anak-anak mengalami tanda-tanda ini, segeralah berjumpa dengan doktor.

TANDA-TANDA AWAL AUTISM

"Dikongsikan sedikit tanda-tanda peringkat awal yang agak ketara autism . Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum yang berbeza namun berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa. Jika anak anda mempunyai KEBANYAKAN ciri-ciri seperti ini, jumpalah doktor." - Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

1. Tidak Pandai Bersosial

2. Hyperactive

3. Gemar Menyusun Permainan Seperti Kereta

4.  'Berpusing'

5. Tidak Suka Peluk

6. Kemahiran Motor Yang Lemah

7.  Tiada Tindak Balas Jika Dipanggil

8.  Tak Tahu Bahaya

9. Lambat Bercakap

Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, sekiranya anak belum boleh bercakap di usia dua tahun atau tidak menunjukkan perkembangan seperti kanak-kanak lain walaupun pada usia yang lebih muda, mereka bolehlah membawa anak untuk pemeriksaan lanjut.

10.  Menggunakan Tangan Orang Lain Untuk Mengambil Barang

Masih Ada Harapan Untuk Pulih

Ibu bapa janganlah bersedih kerana menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),Dr. Zasmani Shafiee, walaupun mungkin mereka akan tetap bermasalah dalam bersosial dengan orang lain. harapan masih pulih itu masih ada. 

"Terapi berterusan seperti yang dilakukan di pusat-pusat khas untuk kanak-kanak autisme seperti yang dilakukan di Tadika CitaCita di Kota Kinabalu, Sabah ini membolehkan kanak-kanak ini dipulihkan daripada masalah tersebut. Perlu diingat lebih awal kanak-kanak tersebut dikesan dan dihantar untuk terapi, lebih besar kemungkinan untuk mereka pulih,''