Pakar bahasa badan/tubuh percaya bahawa dengan menyilangkan jari dapat menghuraikan peribadi seseorang. Pernyataan ini disimpulkan melalui kajian yang dijalankan oleh Pemenang Anugerah Nobel – Roger Wolcott Sperry.
![[PERSONALITI DIRI] Plih Satu Cara Korang Silangkan Jari & Ketahui Peribadi Diri Menurut 'Expert'!](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2019/10/20191003055315-big.png)

by Ehsan
Pakar bahasa badan/tubuh percaya bahawa dengan menyilangkan jari dapat menghuraikan peribadi seseorang. Pernyataan ini disimpulkan melalui kajian yang dijalankan oleh Pemenang Anugerah Nobel – Roger Wolcott Sperry.
KORANG NAK CARI KERJA?
MEH PM ADMIN NAK KERJA APA? MIN BANTU!
.png)
Korang seorang yang praktikal dan tidak akan membuat sebarang keputusan ketika suasana tegang. Sebelum membuat keputusan, anda memikirkan pro dan kontranya terlebih dahulu. Susah untuk diperdaya dan korang ada perasaan semula jadi sekiranya seseorang itu menipu.
Beberapa sebab, korang sangat dihargai oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang selalu meminta nasihat dan pandangan yang bijak. Tapi ini semua tidak menggambarkan yang korang sesorang yang serius pun sebenarnya. Dalam pada masa yang sama, anda sering menceriakan suasana dengan lawak-lawak yang membuatkan korang sebagai daya tarikan dalam suatu perkara atau keramaian.
Korang juga sangat berhemah ketika dalam persidangan, tahu bila perlu bercakap dan masa yang sesuai untuk mengutarakan sesuatu.
Korang seorang yang sangat teliti, ‘perfectionist’ dan sering mengharap orang lain juga mempunyai dedikasi dan tumpuan seperti mana korang. Kepimpinan memang sifat semulajadi dan sering menunjukkan contoh yang baik. Tetapi ini tidak bermakna korang tidak memahami kemampuan orang lain.
Sentiasa mendengar pendapat orang lain dan cuba memahami setiap pandangan sebelum membuat keputusan. Berterus terang, kejujuran dan keikhlasan korang kadang membuatkan orang lain tidak senang tetapi semua ini adalah ciri-ciri yang diidamkan oleh kebanyakan orang.
Dalam perhubungan, nilai berterus terang dan jujur, tidak malu mengatakan apa yang difikirkan dan juga tidak menghalang orang tersayang berbuat demikian.
Korang mempunyai kecenderungan emosi yang tinggi. Korang mudah untuk memahami perasaan seseorang walaupun dia cuba untuk menyembunyikannya. Ciri unik ini memudahkan orang lain untuk meluahkan sesuatu kepada korang.
Keupayaan ini juga membuat korang mempunyai perpekstif yang orang lain tak nampak dan membantu korang berfikir luar kotak dan membolehkan korang membuat keputusan betul. Keupayaan untuk memahami emosi yang mendalam menyebabkan orang senang dengan korang.
Dalam perhubungan, anda faham dengan perasaan yang tidak terucap antara pasangan. Korang tiada masalah nak hadapi pelbagai masalah emosi.
Tanpa berfikir panjang, silangkan jari korang sekarang dan ketahui peribadi diri masing-masing.
Sumber: Bright Side