Temuduga Terbuka Texas Chicken Di Petaling Jaya, Gaji Sehingga RM2,600, Pelbagai Insentif & Bonus Menarik!
# Jenis Pekerjaan

Temuduga Terbuka Texas Chicken Di Petaling Jaya, Gaji Sehingga RM2,600, Pelbagai Insentif & Bonus Menarik!

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 7, 2019
pada 12:44 PM

Untuk lepasan Diploma di luar sana, Texas Chicken kini sedang mencari anda untuk mengisi jawatan kosong di cawangan Petaling Jaya! Kali ini bukan satu tetapi ada TIGA jawatan kosong yang korang boleh mohon iaitu Pengurus, Penolong Pengurus dan Pengurus Pelatih. 

Pendapatan yang ditawarkan cukup lumayan sehingga daei RM1,700- RM2,600 sebulan! Eh, bukan tu saja, manfaat tambahan turut disediakan termasuklah insentif dan bonus menarik, manfaat perubatan dan insurans serta tanggungan makan bagi setiap shift tugasan!

Jadi bagi jobseeker yang tinggal di sekitar KL dan Selangor, jangan lupa hadirkan diri ke Temuduga Terbuka Texas Chicken yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Untuk dapatkan info lanjut dan taknak terlepas peluang ke temuduga ini, klik terus link di bawah:

 


 

TEMUDUGA TERBUKA

PENGURUS / PENOLONG PENGURUS / PENGURUS PELATIH

 

Tarikh Temuduga Terbuka: 8 Oktober 2019

Lokasi Temuduga: Texas Chicken Malaysia Sdn Bhd (HQ), The Envictus, Tingkat 3 Lot 11, Jalan 225, seksyen 51A, **** Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. (Berhadapan Safeguards G4S)

Masa Temuduga : 10 pagi - 5 petang

 

PENOLONG PENGURUS RESTORAN: KLIK SINI UNTUK INFO TEMUDUGA

PENGURUS RESTORAN: KLIK SINI UNTUK INFO TEMUDUGA

 


 

KELAYAKAN

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang
  • Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Bersikap professional & berorientasikan khidmat pelanggan
  • Boleh bekerja syif, hujung minggu dan cuti umum
  • Mempunyai keterampilan menarik dan personaliti yang baik
  • Pemohon haruslah warganegara Malaysia atau berstatus Permastautin Tetap
  • Berpengalaman satu kelebihan

TANGGUNGJAWAB

  • Membantu dan mengurus Restoran dalam mengekalkan kakitangan yang sesuai dan menyediakan jadual mingguan
  • Membantu dan mengurus ahli pasukan pada waktu yang diperlukan
  • Membantu dan mentadbir mentadbir semua kertas kerja yang diperlukan
  • Membantu dan menganalisis penyata untung rugi dan memenuhi pelan jualan yang ditubuhkan bagi cawangan
  • Mengekalkan dan merekodkan inventori dengan tepat
  • Memahami, menguatkuasakan dan mematuhi semua dasar dan prosedur syarikat
  • Membantu dalam mengekalkan semua piawaian operasi syarikat dan pematuhan
  • Memastikan bahawa undang-undang Malaysia , peraturan-peraturan diamalkan dan dikuatkuasakan
  • Memastikan restoran dalam keadaan bersih pada setiap masa
  • Menyampaikan produk berkualiti tinggi dan konsisten setiap hari dan setiap syif
  • Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diberikan.

MANFAAT TAMBAHAN

  1. EPF
  2. Socso
  3. Latihan Diberikan
  4. Pakaian Seragam Disediakan
  5. Insentif & Bonus Menarik
  6. Perubatan & Insuran
  7. Hidangan Makanan Untuk Setiap Shift Tugasan
  8. Peluang Peningkatan Kerjaya

 


 

Jadi sesiapa yang tinggal di sekitar KL & Selangor, 

korang jangan terlepas ke temuduga terbuka Texas Chicken di Petaling Jaya ni ya!