"Saya tak pecat dia! Dia resigned!" - Kisah Mangsa Hadapi CEO Psiko, Baca Sini!
# Pengetahuan Pekerja

"Saya tak pecat dia! Dia resigned!" - Kisah Mangsa Hadapi CEO Psiko, Baca Sini!

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 7, 2019
pada 2:48 PM

"Sila letak jawatan!"

Ramai yang tak tahu, sebenarnya orang terpenting dalam syarikat sekalipun, langsung takde kuasa untuk memaksa seseorang meletak jawatan atau berhenti kerja. Melainkan pekerja itu sendiri memang berniat untuk resign tau.

Email ini kami terima dari seorang pekerja wanita yang hampir setiap hari didesak oleh majikan nya untuk meletakan jawatan. Atas sebab-sebab tertentu, identiti mangsa terpaksa kami rahsiakan. Ini antara petikan email yang kami terima.


"Beberapa hari lepas, CEO syarikat saya tiba-tiba memaksa saya untuk meletakan jawatan. Beliau juga sering menggesa saya untuk melakukanya. Hampir setiap hari beliau akan berjumpa saya dan bertanyakan soalan yang sama, bila saya nak berhenti kerja? Saya begitu tertekan!"

''Saya rasa perkara ini ada kaitan dengan ganguan seksual yang saya tolak setiap kali dia cuba menyatakan kemahuan nya itu. Mungkin juga ia berkait dengan latar belakang etnik saya. Dan saya cuma ada sedikit bukti yang tak begitu meyakinkan, apa yang patut saya lakukan? Perlu ke saya membuat pengaduan kepada bahagian sumber manusia? Walaupun tanpa bukti yang kukuh untuk menyokong pengaduan saya? Saya keliru, bantulah saya.''
 


Dalam kes ini, CEO tersebut boleh setiap hari memaksa korang untuk letak jawatan seperti apa yang berlaku kepada mangsa ni, tapi korang pun sebenarnya ada hak untuk berkata TIDAK! Takde siapa yang boleh paksa korang letak jawatan, kalau korang tak mahukanya. Bos boleh buat korang tertekan, boleh menengking korang, boleh ugut untuk hancurkan hidup korang, dan boleh pecat pekerja kalau dia nak. Tapi masih takde kuasa untuk paksa korang berhenti kerja. 

 

'Kalau macam tu, kenapa CEO ni tak pecat je mangsa ni, kan senang.'

Mungkin soalan ni akan berlegar dalam pemikiran korang kan? Tapi ada sebab kenapa majikan lebih suka korang letak jawatan sendiri, sebab sesetangah majikan ni nak selamatkan diri diorang daripada didakwa ke muka pengadilan. Untuk terlepas dan tak nak disabitkan kesalahan, alasan macam ni sering diberi oleh majikan untuk menutup 'wrongdoing' mereka.

 

'Saya tak pecat dia! Dia resigned! Mana ada isu diskriminasi atau gangguan seksual pun!'

Kalau korang ada bukti yang cukup, korang boleh lawan semula dan saman majikan korang yang kurang ajar macam ni. Tapi dalam kes mangsa ni, dia takde bukti yang kukuh. Jadi untuk selamatkan diri dia WAJIB! Untuk berjumpa dengan bahagian sumber manusia untuk selesaikan perkara ni.

Of course perkara ni akan sampai juga ke pengetahuan CEO atau bos korang, tapi dia tak kan paksa korang resign lagi, dia akan terus pecat korang je. Sebab dia tak nak korang berpeluang untuk mengancam dia sekiranya korang masih bekerja di situ.

Tapi kalau bahagian sumber manusia korang bijak, dia akan cuba selidik punca perkara tu berlaku. Dan kalau HR berjaya hidu adanya unsur diskriminasi dan unsur penganiayaan, korang tak kan dibiarkan berhenti begitu sahaja dan HR tak kan lepaskan perkara ni dengan mudah. Sebab diorang tau, kalau perkara ni tak diselesaikan akan bagi efek teruk kepada syarikat dan mungkin perkara sama akan berulang. Manakala HR yang pemalas, akan suruh korang terus resign dan cari kerja lain je.

Jadi perkara yang tepat untuk dilakukan sekiranya perkara ni berlaku kepada korang, pergilah berjumpa bahagian sumber manusia untuk berbincang dan dapatkan bantuan daripada mereka untuk selesaikan isu ini secepatnya okay, jangan simpan dan tertekan sorang-sorang tau!