Bajet 2020 adalah Bajet Kedua yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas pembentangan pertama pada tahun sebelumnya. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, Bajet 2020 akan diumumkan pada 11 Oktober 2019.
![[VIDEO] Desakan YB Syed Saddiq Sebelum Pengumuman Belanjawan 2020](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2019/10/20191009102718-big.png)

by Ehsan
Bajet 2020 adalah Bajet Kedua yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas pembentangan pertama pada tahun sebelumnya. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, Bajet 2020 akan diumumkan pada 11 Oktober 2019.
Sementara itu, Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq menerusi video dalam laman rasmi Twitter dan Facebook mendesak Belanjawan 2020 seperti berikut:
1. Dana tambahan sebanyak RM6 Billion untuk mencipta 350 ribu peluang pekerjaan bagi anak muda.
2. Kenaikan elaun sebanyak RM100 untuk pelajar TVET.
3. Kenaikan gaji minima secara berperingkat selaras dengan Manifesto Harapan iaitu RM1500 dalam tempoh 5 Tahun.
Kredit video: Shaqif Asyraf