Menjadi Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) merupakan antara kerjaya yang diminati oleh ramai ‘jobseeker’ di luar sana, terutamanya buat para graduan baru.


by Ehsan
Menjadi Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) merupakan antara kerjaya yang diminati oleh ramai ‘jobseeker’ di luar sana, terutamanya buat para graduan baru.
Oleh hal yang demikian, beberapa perkara perlu diketahui tentang bidang tugas yang harus dilakukan apabila menjadi seorang PTD.
Merancang, penggubal danmelaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.
Meliputi hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Peranan PTD boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan negara. Selain itu, seorang PTD juga diberi peluang berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di Kedutaan dan Pesuruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara.