Siapa tak sedih bila ada ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan pergi meninggalkan kita. Nak menangis, meraung, tiada guna sebab janji Allah, setiap yang hidup pasti akan pergi...


by Ehsan
Siapa tak sedih bila ada ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan pergi meninggalkan kita. Nak menangis, meraung, tiada guna sebab janji Allah, setiap yang hidup pasti akan pergi...
Paling penting, kita kena kuat, bertenang dan tabah menghadapi ujian ini. Selain itu, perbanyakkanlah doa dan bersedekah Al-Fatihah semoga rohnya tenang sentiasa serta dicucuri rahmat hendakNya.
Perkongsian Solah Hiyah Mohd Idris di Facebook ini sedikit sebanyak mungkin boleh membantu korang sebagai persediaan menghadapi situasi kehilangan orang tersayang supaya tidak hilang punca.
Secara ringkasnya, ada perkara yang kita perlu tahu atau buat apabila seseorang itu meninggalkan kita. Begitu juga buat orang lain jika kita meninggalkan mereka...
Menurut status yang dimuatnaik, beliau agak terkesan selepas kehilangan 'her other half'. Jadi perkongsian ini ditujukan buat umum supaya setiap seorang daripada kita ada panduan dan bersedia menghadapi situasi sama sepertinya kelak...
Jom sama-sama kita hayati...
1. Mesti tahu & faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
2. Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password handphone, email, myeg & pin no kad2 ATM dan lain-lain. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua account akan dibekukan.
P/S: Bila dah tahu password handphone, jangan pulak skodeng. Kita mesti hormati privacy pasangan kita.
4. Buat salinan IC pasangan, sijil kematian, surat permit pengebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & IC anak2. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang etc.) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.
Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
6. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank/tabung haji/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit untuk claim. Bank Rakyat dlm masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
Pastikan juga semua account diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris
7. Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH.
8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus-peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka inilah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu2 lagi sebab malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari! Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.
Semoga kita semua sama-sama saling mengingati antara satu sama lain supaya tenang menghadapi situasi itu kelak :)
*Artikel ini adalah hasil penulisan Muhamad Shaifullah Bin Tayep