[TERKINI] Semak Kelayakan & Cara-Cara Memohon Rumah PR1MA
# Gaya Hidup

[TERKINI] Semak Kelayakan & Cara-Cara Memohon Rumah PR1MA

post by Ehsan

by Ehsan

Jan 10, 2020
pada 12:42 PM

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Kelayakan & Proses Memiliki Kediaman PR1MA 

Anda mestilah warganegara Malaysia.

  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas.

  • Pendapatan bulanan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 - RM15,000.

  • Kediaman PR1MA boleh sibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.

    Proses Permohonan Kediaman PR1MA

    1. Pendaftaran 

    Buka akaun anda di www.pr1ma.my, lengkapkan pendaftaran mudah PR1MA dengan segera untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA. 

    2. Pelancaran

    Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media. 

    3. Permohonan

    Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan keranan pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

    4. Pengundian

    Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

    5. Pemilihan Unit

    Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan.

    6. Pembiayaan 

    Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.

    Pembiayaan - pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai dengan anda melalui panel bank PR1MA.

  • Skim Rent-to-Own - sekiranya permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank panel kami, anda boleh dipertimbangkan untuk menyertai Rent-to-Own.

  • Care By PR1MA - nikmatilah perlindungan insurans kediaman yang lebih menarik dengan CARE BY PR1MA.

    7. Perjanjian Jual Beli 

    Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.

    8. Penyerahan Pemilikan Kosong

    Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan SIap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA

    *Nota

    Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.

  • Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.

  • Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain.

  • Rumah PR1MA wajib didiami pemilik.

    Maklumat lanjut layari: https://www.pr1ma.my