Habis Berselerak Satu Bilik Sebab Monyet Masuk - Kencing Harimau & Bahan-Bahan Ini Bikin Monyet 'Cuak'
# Gaya Hidup

Habis Berselerak Satu Bilik Sebab Monyet Masuk - Kencing Harimau & Bahan-Bahan Ini Bikin Monyet 'Cuak'

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 20, 2019
pada 5:55 PM

Pernah tak bilik, rumah, kebun atau mana-mana kawasan dekat tempat korang diserang oleh monyet? Habis bersepah semua kan. Jangan risau, hari ini admin kongsikan tips dari University of Malaya Confessions untuk elak monyet daripada ceroboh sesuka hati. Korang yang budak-budak universiti tu bolehlah guna cara-cara ini. 

"CARA TERBAIK HALANG MONYET MASUK LADANG DIDEDAHKAN

Seorang lelaki telah mendedahkan kaedah yang dia guna pakai dan kaedah ini telah berjaya selama 2 bulan. Sepanjang 2 bulan tersebut tiada seekor monyet pun yang berani masuk ke ladang beliau.

Apa yang dia buat sebenarnya?
Petua utk elak gangguan monyet…petua dari org asli…. Dia suruh cat tayar motor buat mcm ular sawa gantung sekitar ladang….

Alhamdulillah, sy dh try 2 bln…monyet dh tk datang…. #sy guna getah hitam je…Alhamdulillah menjadi… InsyaAllah.

Haha! pakai getah je .. mudah bukan .. murah bukan .. tak salah jika kita mencuba. Kalau dari jarak jauh memang nampak macam ular sawa.

Bukan monyet je lari, orang pun lari kalau tak kenal. Jangan ada tetiba panggil bomba nak tangkap ular sudah.

Terbaik tips yang diberi jadi boleh lah kongsikan ini kepada rakan rakan kita yang peladang atau pekebun. Semoga ilmu ini dapat manafaatkan.

TIPS EKSTRA KALAU ADA YANG NAK GUNA
CARA HALAU MONYET

Menggunakan belacan.

Bahan : Napthalene atau ubat gegat/moth balls, belacan dan plastik cup.
Cara : Tumbuk belacan dan moth balls, gaul dan bulatkan sebesar bola ping pong. Masukkan ke dlm bekas cup size 22 yg sudah dilubangkan. Ikat dengan tali untuk digantung.

* baunya sama dengan hancing harimau..perggh bau yg lekat ditangan, marbeless . . ..

Menggunakan patung harimau.

Bahan : Patung harimau, bukan harimau betul ,hehee

Cara : Letakkan patung harimau menghadap tingkap ataupun atas locker(almari) dan juga lokasi perlu diubah selalu untuk meningkatkan tahap dan keberkesanannya. Monyet akan ta kut bila nampak patung harimau tersebut.

* Perasan tak kat restoran2 ada letak patung rimau, haaa

Menggunakan pakaian.

Bahan : Pakaian yang lusuh (ada peluh manusia)

Cara : Peluh yang dibiarkan kering pada baju, seluar atau topi boleh diletakkan di beberapa lokasi yang mana sering berlaku sa saran monyet.

Atau guna cara ini ..

Beli minyak kibas dari Mekah. Caranya adalah dengan menyapu minyak tersebut pada batang, kayu atau pagar tempat yang selalu menjadi sa saran monyet.

Menggunakan KERIMO (kencing harimau), salah satu petua untuk menghalau monyet tanpa membunuh ,bersifat ekosistem.*kencing harimau yang bukan tiruan, boleh cari di google KERIMO. –"


JOM JOIN GROUP TELEGRAM MAUKERJA UNTUK UPDATE KERJA KOSONG TERKINI!!