Malang tak berbau, kita tak boleh jangka bila kemalangan berlaku, kadang-kadang pandu berhati-hati pun tetap ditimpa musibah kerana bukan kita yang menyebabkan kemalangan tapi disebabkan orang lain. Kalau kita tak langgar orang, orang lain pula yang akan langgar kita. Bagai satu lumrah bagi mereka yang memandu kenderaan untuk harungi kemalangan, apapun cuba elak sebaik-baiknya. Tapi, jika kejadian malang itu telahpun berlaku pada kita, kebiasaannya akan tercetus kekecohan dan sedikit pergaduhan. Oleh itu, bawa bertenang dan bertindak seperti mana yang di ajar oleh peguam, Salkukhairi Abd Sukor ini.

