Kerja Kosong Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
# Jenis Pekerjaan

Kerja Kosong Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

post by null

by Admin

May 16, 2016
pada 2:51 AM

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kini sedang menyadiakan 3 kerja kosong kepada warganegara Malaysia seperti berikut: 

1. Pegawai Penguatkuasa Gred N41

Gaji : RM 1,911 Hingga RM RM 8,646

  • Syarat Lantikan:
    1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
      [ Gaji Permulaan : RM1,911.00 ] atau
    2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
      [ Gaji Permulaan : RM2,114.43 ] atau
    3. Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
      [ Gaji Permulaan : RM1,911.00 ]
    4. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu; dan
      • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; dan
      • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26 atau bagi calon PSL ukuran BMI di antara julat 19 hingga 30; dan
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); dan
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguatkuasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • had umur pelantikan:
      - berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      - berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
      - berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas:
    • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
    • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
    • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Gaji : RM 928 Hingga RM 3,375

  • Syarat Lantikan:
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
      [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] atau
    • bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
      [ Gaji Permulaan : RM928.00 ]
    • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan; dan
    • Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Mealyu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau keluulsan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27

Gaji RM1,362 Hingga RM 5,092

  • Syarat Lantikan:
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
        [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
        [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
      3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada instituisi-instituisi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
        [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
      4. Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; dan
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; dan
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26 atau bagi calon PSL ukuran BMI di antara julat 19 hingga 30; dan
      4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); dan
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): 
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di atas; dan
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. had umur pelantikan:
      - berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      - berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
      - berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    1. Kementerian Dalam Negeri
      Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
    2. Kementerian Pengangkutan
      Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
    3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 
      Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
    4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) 
      Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Sumber : SPA