Ini Komponen Penting Dalam Resume Yang Wajib Anda Tahu!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini Komponen Penting Dalam Resume Yang Wajib Anda Tahu!

post by null

by Admin

May 15, 2016
pada 7:26 AM

Apakah komponen penting yang perlu anda tahu untuk dimasukkan dalam resume. Ok, anda tak perlu pening-pening. Kami ingin membantu anda dengan menyediakan artikel ringkas ini untuk menerangkan tentang komponen-komponen penting yang perlu dimasukkan dalam resume kerja terbaik.

Dalam penulisan resume kerja bahasa Melayu, antara komponen penting yang biasanya dimasukkan adalah;

  1. Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
  2. Gambar terbaru (saiz pasport)
  3. Butir-butir peribadi (tarikh, tempat lahir & taraf perkahwinan)
  4. Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
  5. Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
  6. Objektif kerjaya (sekiranya sudah pasti dan harus sesuai dengan jawatan yang dipohon)
  7. Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan)
  8. Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali)
  9. Aktiviti kokurikulum dan persatuan
  10. Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf atau jawatan yang disandang
  11. Pengelibatan masyarakat/komuniti
  12. Penerbitan (jika ada)
  13. Taraf serta kemahiran berbahasa
  14. Kemahiran lain (menaip, komputer)
  15. Lesen memandu (taraf/gred)
  16. Minat & hobi (mendaki, berenang, melukis)
  17. Rujukan dua orang yang anda kenal secara profesional

Nah, itu dia 17 komponen yang paling penting untuk menghasilkan resume terbaik. Sekarang anda cuba tulis resume kerja berpandukan panduan lengkap yang kami telah sediakan ini. 

Masih tak faham dan banyak lagi soalan yang bermain diminda? Tinggalkan sebarang keluhan anda tentang penulisan resume di ruangan komen. Kami cuba membantu anda seboleh mungkin. 

Sumber : OH KERJAYA