Menurut Laporan Pekerjaan Masa Hadapan, dianggarkan 133 juta jenis pekerjaan di dunia akan berubah menjadi pekerjaan baharu manakala 75 juta lagi akan pupus akibat perkembangan teknologi. Wan Zulkifli Wan Setapa, Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) berkata, dapatan menunjukkan 9 pekerjaan terbaharu bakal mengambil alih pasaran kerja dunia menggantikan 10 lagi pekerjaan semasa atau bakal pupus.

