Selain Mengarah, Berlakon, Tulisan Tangan P.Ramlee Sungguh Mempersonakan
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Selain Mengarah, Berlakon, Tulisan Tangan P.Ramlee Sungguh Mempersonakan

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Nov 19, 2019
pada 2:27 PM

SEBUT sahaja nama P. Ramlee, pasti akan teringat semula karya hebat seperti filem Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Do Re Mi dan Tiga Abdul.

Malah sehingga kini, filem dan juga lakonan seniman negara Tan Sri P. Ramlee tidak pernah bosan untuk ditonton berulang kali.

Satu dunia mengetahui bakat beliau dalam bidang nyanyian,bermain alat muzik,berlakon dan mengarah. Tapi tidak ramai tahu Allahyarham P.Ramlee dikurniakan bakat tulisan yang amat berseni dan cantik.

Tulisan tangan Allahyarhan P. Ramlee telah dimasukkan di dalam sebuah buku meja kopi atau Coffee Table Book yang bertajuk Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM sempena ulang tahun penubuhan Orkestra RTM yang ke-50 (1961-2011).


Tulisan Allahyarham ini didedahkan sendiri oleh editor, perunding konsep dan penyelaras buku tersebut di laman Facebook peribadi beliau iaitu Rosli Mohd Nordin.


Wajarlah beliau digelar seniman lagenda sepanjang zaman kerana bakat yang dimilikinya tiada galang ganti walaupun ramai anak seni yang lahir selepasnya.