Pelik Tapi Benar, Cerita Disebalik Tag Warna Berbeza-Beza Pada Bungkusan Roti
# Gaya Hidup

Pelik Tapi Benar, Cerita Disebalik Tag Warna Berbeza-Beza Pada Bungkusan Roti

post by Ehsan

by Ehsan

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Roti bukan lagi perkara yang asing dalam menu makanan masyarakat kita tidak kiralah dari pelbagai peringkat usia sekalipun. Pelbagai cara penyediaan boleh dihidangkan daripada roti. 

Tapi, korang perasan tak setiap roti yang dijual mempunyai tag harga dan setiap tag harga itu mempunyai warna yang berbeza. Warna tag itu membawa maksud hari-hari dalam seminggu. Setiap hari dalam seminggu mempunyai tag warna yang lain-lain.

Kebanyakan jenama roti akan menggunakan tag warna seperti di dalam gambar. 

1. Isnin warna biru.

2. Selasa warna hijau.

3. Khamis warna merah.

4. Jumaat warna putih.

5. Sabtu warna kuning.

Namun lain pula ceritanya dengan jenama roti Gardenia yang menggunakan kod warna yang berbeza daripada jenama yang lain. Mereka membakar roti untuk setiap hari dan dan mempunyai tag warna untuk setiap hari Isnin hingga Ahad.

1. Isnin warna coklat cair

2. Selasa warna oren

3. Rabu warna kuning

4. Khamis warna biru

5. Jumaat warna hijau

6. Sabtu warna merah

7. Ahad warna putih

Lepas ini tiada masalah lagi nak pilih roti segar!