Jack Ma Pujuk Rakan Sertai Alibaba 20 Tahun Lalu Di 'Apartment' Tersebar
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Jack Ma Pujuk Rakan Sertai Alibaba 20 Tahun Lalu Di 'Apartment' Tersebar

post by Ehsan

by Ehsan

Nov 21, 2019
pada 3:21 PM

Perusahaan Alibaba dikenali sebagai salah satu raksasa dalam dunia e-commerce atau perdagangan online. Kalau di Amerika Syarikat ada Amazon, di China ada Alibaba. Perusahaan yang dirintis oleh Jack Ma telah menunjukkan perkembangan yang signifikan sejak tahun 1999. 

Alibaba merupakan platform yang menyediakan layanan yang efisien, platfrom yang terpercaya untuk menghubungkan jutaan pembeli dan penjual di dunia setiap hari. Namun, kejayaan hari ini juga melalui pelbagai cabaran sejak dari awalnya. 

Alibaba merupakan sebuah syarikat yang berjaya dalam penawaran saham perdana atau IPO (Initial Public Offering) yang kemudiannya menjadikan beliau orang terkaya China.

Pada 2012, satu dokumentari bertajuk “Crocodile in the Yangtze: The Alibaba Story” diterbit dan disiarkan oleh penerbit dan pengarah, Porter Erisman yang bekerja sebagai Timbalan Presiden di Alibaba selama 8 tahun.

Klip video yang menunjukkan kebolehan Jack Ma pada usia muda dan membawa idea segar ketika itu menjadi tarikan netizen.

Ketika rakaman dibuat, Jack Ma dipercayai membuat perbincangan tersebut di apartment miliknya, sambil rakan-rakanya duduk di atas sofa mendengar lelaki muda itu ‘menjual’ impian dalam masa sama menampakan pengorbanan dan mencapai cita-citanya itu.

Antara petikan kata-katanya ialah;

“Jadi apa yang akan terjadi kepada Alibaba pada masa hadapan?”

“Pesaing kita bukan di China tetapi di Silicon Valley di Amerika Syarikat. Jadi kita kena jadikan Alibaba sebagai satu laman web global, bukan sekadar web domestik.”

“Kita kena belajar budaya dan semangat bekerja keras Silicon Valley.”

“Otak Cina juga semahir mereka (Amerika). Itu sebabnya kita boleh menyaingi mereka.”

Selebihnya tonton di sini.