Kerja sambilan yang sangat sesuai untuk korang yang ada van atau trak sendiri. Hubungi mana-mana peniaga dari laman web jual beli Carousell, Mudah, Lelong atau sebagainya yang korang tahu, dan tawarkan perkhidmatan hantaran barang. Kebiasannya, kalau barangan yang dijual tu adalah bersaiz besar macam perabot, peniaga-peniaga online ni mesti akan letak 'Self pick-up' atau 'Self-collect' , ini akan mengurangkan pelanggan. Sebab tu lah kewujudan perkhidmatan korang ni sangat penting sebenarnya! Kalau dah banyak orang minta korang hantar, lambat-laun 'kerja sambilan' ni boleh jadi kerja utama.
#10 Menawarkan Khidmat Tour Guide Dekat Tempat Korang Tinggal