Lebih 10 Juta View, Lagu Catchy Mengantuknya Mumia Turut Jadi Pilihan Budak-Budak Tik Tok
# Gaya Hidup

Lebih 10 Juta View, Lagu Catchy Mengantuknya Mumia Turut Jadi Pilihan Budak-Budak Tik Tok

post by Ehsan

by Ehsan

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Didi & Friends sememangnya terkenal dengan lagu-lagu catchy yang menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya. Antara lagu-lagu mereka Semut Berkawad, Oh Jerung!, Boon & Roon dan banyak lagi. 

Baru-baru ini viral lagu Mengantuknya Mumia dan menjadi siulan ramai orang terutamanya kanak-kanak.

Mana tidaknya, lagu catchy ini berjaya memukau ramai orang. Untuk pengetahuan anda, lagu ini baru 3 minggu dimuat naik di Youtube dan dikhabarkan bahawa lagu ini telah mencecah 10 juta tontonan.

Imej mungkin mengandungi: teks

 

Tahniah diucapkan kepada team Didi & Friends atas kejayaan tersebut. Rata-rata netizen suka akan lagu ini dan mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut serta lagu ini berjaya membuat mereka teringat-ingat.

Selain itu, ramai juga pengguna Tik Tok yang menggunakan lagu ini sebagai muzik latar untuk video mereka. 

 

Jom dengar lagu ini!