Permohonan Kerja Akan Kena 'Reject' Serta Merta Jika Ada 10 Kesalahan Ini - HR Manager
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Permohonan Kerja Akan Kena 'Reject' Serta Merta Jika Ada 10 Kesalahan Ini - HR Manager

post by Ehsan

by Ehsan

May 23, 2022
pada 8:55 AM

Macam-macam ragam generasi muda zaman sekarang bila cuba nak mohon kerja melalui email, walaupun dah diajar berkali-kali masih ada lagi yang melakukan kesalahan sama, nak mohon kerja mesti kena cara tepat dan betul.

Rasanya kami dah kongsikan berkali-kali dah mengenai cara memohon kerja dengan betul, kali ini bukan perkongsian daripada kami sendiri malah daripada seorang HR Manager sendiri. Pengalamannya melihat jenis-jenis permohonan kerja melalui emel membuatkannya ingin berkongsikan sendiri kepada pemburu kerja tentang kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan. 

Lepas baca perkongsian Ameirul Azraie ini tolong jangan ulang kesalahan yang sama!

10 KESALAHAN DALAM MENGHANTAR PERMOHONAN KERJA MELALUI EMEL YANG ANDA PERLU ELAKKAN


KORANG NAK CARI KERJA?

Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja


1. Menggunakan nama pada emel dan alamat emel yang tak profesional

2. Menghantar permohonan kerja kepada banyak syarikat penerima dalam satu permohonan. THIS IS A BIG NO-NO!

3. Tidak menulis apa-apa langsung di ruangan Subject emel... HR bukannya seorang Nujum Pak Belalang 

4.  Elakkan menghantar dokumen dalam format word, jpeg dan sebagainya. Paling saya tak boleh terima, hantar attachments yang ada dalam Google drive

5. Nama fail yang merepek-repek

6.  Saiz fail yang terlalu besar.. Silap haribulan kena archive atau lagi teruk kena delete terus.

7. Menghantar terlalu banyak attachments

8. Menghantar permohonan kerja melalui emel yang di forward kan daripada permohonan kerja sebelumnya

9. Tidak menulis apa-apa di body emel

10. Emel surat iringan yang terlalu ringkas atau terlalu panjang

Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja