“Aduh, apasal tetiba sakit perut aku ni. Agaknya makan banyak sangat tadi, sampai mengah-mengah jugak la.
Menyesal pulak makan banyak, tak pasal-pasal sakit perut."


by Ehsan
“Aduh, apasal tetiba sakit perut aku ni. Agaknya makan banyak sangat tadi, sampai mengah-mengah jugak la.
Menyesal pulak makan banyak, tak pasal-pasal sakit perut."
Korang selalu tak alami sakit perut? Hmm siapa kata sakit perut tidak serius. Berpeluh-peluh juga kadang tu menahan sakit. Senak dan tidak selesa silih berganti.
Haa korang tahu tak, sakit perut yang disangka biasa-biasa tu kadang-kadang ia tu sebenarnya adalah salah satu tanda kanser perut. Dan kanser ni merupakan kanser ke tujuh yang sering dihadapi oleh kaum lelaki dan ke sepuluh bagi kaum wanita di Malaysia.

Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun ada memberitahu "Jika seseorang mengalami sakit perut secara berterusan lebih dari dua kali dalam masa satu minggu. Kemungkinan besar mereka sedang berhadapan dengan masalah kanser perut".
Punca sebenar masih belum dapat dijelaskan. Tetapi apa yang pasti, terdapat beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko terkena kanser perut. Antaranya ialah bakteria H. pylori yang menyebabkan ulser di dalam perut, gastrik, anemia yang berpanjangan dan polip di dalam perut.
Selain dari perkara di atas, berikut adalah senarai yang juga meninggikan risiko kanser perut:

Sakit perut berpanjangan dan berulang merupakan simptom kanser. Namun terdapat juga beberapa simptom lain yang perlu diambil kira. Antaranya ialah:
Simptom seperti senak dan pedih ulu hati, bukanlah bermakna korang telahpun terkena kanser. Tetapi jika sering mengalaminya, disarankan untuk berjumpa dengan doktor.

Kalau korang ada 2 tanda-tanda atau lebih diatas ni, korang disarankan jumpa doktor dan jangan berdiam diri. Bertindaklah sebelum korang menyesal seumur hidup.
