PANAS! Sukan SEA 2019 di Filipina belum membuka acaranya dengan rasmi tetapi negara itu kini dilaporkan telah meminjam wang daripada bank Malaysia bagi membiayai Sukan SEA kali ini.


by Ehsan
PANAS! Sukan SEA 2019 di Filipina belum membuka acaranya dengan rasmi tetapi negara itu kini dilaporkan telah meminjam wang daripada bank Malaysia bagi membiayai Sukan SEA kali ini.
Khabar ini hadir sendiri daripada mulut Pemimpin Minoriti Senat Franklin Drilon apabila beliau berkata hampir RM900 juta pembiayaan Sukan SEA di Filipina hadir daripada bank Malaysia. Dana menjayakan Sukan SEA kali ini adalah RM1.3 bilion dan sekitar separuh daripada dana hadir daripada pinjaman bank tersebut.
Drilon sebelum ini terkenal dengan suara lantangnya yang terus menerus mengkritik acara Sukan SEA di negaranya sendiri. Beliau sebelum ini mengkritik kerajaan Filipina yang sanggup menghabiskan sekitar RM4 juta bagi membina tempat menyalakan obor Sukan SEA.

Pemimpin Minoriti Senat, Franklin Drilon
Pihak Berkuasa Penukaran dan Pembangunan (BCDA) menafikan dakwaan bahawa mereka telah meminjam daripada bank Malaysia. BCDA dalam satu kenyataan menyatakan bahawa segala dana Sukan SEA di Filipina telah melalui Akta Peruntukan Am yang diluluskan oleh pihak Kongress dan melalui perbelanjaan syarikat pemaju sendiri iaitu MTD Group.
Untuk rekod, sehingga sekarang tiada apa-apa bayaran telah dilakukan oleh pihak BCDA kepada MTD Group kerana kedua-duanya termaktub di dalam perjanjian yang menyatakan bahawa segala bayaran akan berlaku apabila segala projek telah selesai dan telah diterima oleh BCDA.

Ketua Penganjur Sukan SEA, Alan Peter Cayetano
Bagi Ketua Penganjur Sukan SEA, Alan Peter Cayetano, persoalan dana itu hadir daripada mana tidak sepatutnya timbul kerana segala pembiayaan telah digunakan dengan cekap dan cermat.
Walau bagaimanapun, BCDA menegaskan bahawa dana yang diperolehi daripada mereka bukanlah daripada pinjaman mana-mana bank, tetapi melalui perbelanjaan pihak pemaju iaitu MTD Group.
Filipina sebelum ini juga telah terpalit dengan isu fasiliti yang tidak lengkap.