5 Bahagian Ini Sering Diabaikan Semasa Mencuci Kereta, Patutlah Cepat Je Siap!
# Gaya Hidup

5 Bahagian Ini Sering Diabaikan Semasa Mencuci Kereta, Patutlah Cepat Je Siap!

post by Ehsan

by Ehsan

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Kereta merupakan pengangkutan yang perlu dijaga kebersihannya supaya korang boleh memandu dengan tenang ke destinasi yang dituju. 

Namun, terdapat beberapa tempat dalam kereta yang masih kotor dan tidaklah bersih seperti yang mana korang jangkakan: 

1. Karpet atau alas kaki kereta

Kebiasaannya kita akan vakum sahaja di bahagian ini, korang sebenarnya perlu cuci karpet tersebut dengan air dan keringkan karpet menghadap matahari.

Ini bertujuan untuk membuang segala sisa habuk, kotoran yang melekat pada tapak kasut dan meninggalkan bau pada karpet kereta. 

2. Bonet kereta

Bonet kereta bagaikan stor yang mana segala barangan disimpan di bahagian ini. Adakalanya barang-barang inilah yang mendatangkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Siling kereta

Siling bumbung dalam bahagian kereta mampu menyerap bauan daripada asap rokok ataupun makanan hingga terdapat kesan tompok. Walaupun kita jarang menyentuh bahagian ini tetapi material yang digunakan pada siling kereta boleh memerangkap bauan hingga buatkan kita rasa tidak selesa.

Korang perlu bersihkan dengan berhati-hati kerana takut kelembapan yang tertinggal boleh membuatkan kesan warna yang tidak sekata timbul. 

4. Tempat pemegang cawan

Kebiasannya bahagian ini juga kita akan vakum. Tanpa sedar akan berlakunya percikan atau tumpahan air di tempat tersebut. Korang lapkan ruangan ini dengan membuang kesan air terutamanya air minuman yang mempunyai kandungan gula.

5. Kerusi kereta

Kerusi kereta adalah “spot” paling banyak kotoran degil berlaku, iaitu di penyandar dan poket belakang. Bau peluh badan seseorang itu bersandar telah meresap ke dalam kerusi serta banyak sampah sarap sering diletakkan di bahagian poket belakang.