Digodam Saat Bergambar Gaya 'Peace', Ini Cara Maklumat Peribadi Dicuri Tanpa Perlu Teknologi Canggih Pun!
# Others

Digodam Saat Bergambar Gaya 'Peace', Ini Cara Maklumat Peribadi Dicuri Tanpa Perlu Teknologi Canggih Pun!

post by Ehsan

by Ehsan

Dec 11, 2019
pada 10:13 AM

Membuat gaya 'peace' semasa mengambil gambar bukan lagi suatu perkara yang janggal. Sememangnya gaya ini amat spontan dan biasa dalam sesebuah gambar. 

Namun dalam gambar tersebut, mungkin korang tidak tahu tentang suatu perkara apabila penggodam boleh mencuri maklumat biometrik dengan menunjukkan bahagian perut jari itu sahaja.

Menurut Profesor Institut Teknologi Informatik Nasional, Isao Echizen penggodam boleh mencuri maklumat tersebut meskipun gambar diambil sejauh tiga meter.

“Hanya dengan melakukan isyarat ‘peace’ di hadapan kamera, cap jari boleh diperolehi dengan meluas. Data cap jari boleh dihasilkan semula jika ia kelihatan jelas dan terang dalam gambar,” katanya kepada media Sankei Shimbun dan di petik laman Alphr.

Profesor Echizen dan para pengkaji lain di NII berupaya meniru cap jari yang wujud dalam gambar-gambar yang dipetik menggunakan kamera digital. Mereka mengatakan bahawa proses meniru itu langsung tidak memerlukan teknologi yang begitu canggih.

Secara asasnya biometrik digunakan bagi memastikan keselamatan. Malah, ia dilihat sebagai jauh lebih selamat berbanding kata laluan. Tentunya ia mengandungi banyak maklumat peribadi seseorang individu.

Jadi berfikirlah dua kali jika ingin bergambar sambil membuat gaya “peace”.