'Personal Sales Cecah RM23 Juta' - Gadis Ini Buktikan Unit Amanah Bukan Percaturan Sia-Sia
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

'Personal Sales Cecah RM23 Juta' - Gadis Ini Buktikan Unit Amanah Bukan Percaturan Sia-Sia

post by Ehsan

by Ehsan

Sep 20, 2021
pada 7:17 AM

'Personal Sales Cecah RM23 Juta' - Gadis Ini Buktikan Unit Amanah Bukan Percaturan Sia-Sia

Erin Adlina Adnan memulakan kariernya seawal 21 tahun sebagai Perunding Unit Amanah (Agent Trust) Public Mutual sehingga sanggup melepaskan tawaran untuk menyambung pelajarannya di peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi di Melbourne, Australia. 

 

Menurutnya, "saya masuk 'public mutual' sebab saya nak buat satu revolusi dan kita kena beri manfaat kepada orang sekeliling juga". 

"Rekod tertinggi saya adalah saya dapat RM23 juta personal sales. Bila saya sudah capai target itu, saya selalu fikir kenapa tak besarkan lagi target kepada RM120 juta. Kita kena biasakan pemikiran kita untuk faham limit kita bukan RM40 juta sahaja". 

"Sampai bila nak bergaji RM2 ribu sahaja. Kita kenal pasti apa yang saya bagus dan apa kekuatan saya tapi jangan sesekali putus asa". 

 

"Kita akan jumpa pelbagai orang, orang yang 'reject' kita. Tapi jangan ambil hati. Bagi masa kepada diri sendiri dan cuba sesuatu yang lain". 

"Bandingkan untuk pembakar semangat bukan cemburu, semuanya kembali kepada adab, tengok kepada diri sendiri kita macam mana".

"Apa sahaja kerja atau masuk universiti mana sekalipun, anda akan berjaya kerana sikap kita". 

Video