Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu mulai 1 Januari ini ke atas semua majikan dan perintah berkenaan akan diwartakan dalam masa terdekat. Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.


