TOP 5 Kerja Freelance Yang Boleh Jana 'Income' Cecah RM3,000 Sebulan, Semak Senarai Di Sini
# Gaya Hidup

TOP 5 Kerja Freelance Yang Boleh Jana 'Income' Cecah RM3,000 Sebulan, Semak Senarai Di Sini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 27, 2021
pada 3:31 PM

Sejak beberapa tahun dulu, ramai dalam kalangan kita yang dah mula buat lebih daripada satu kerja. Seperti sudah menjadi kebiasaan melihat ada yang sampai tiga kerja dibuat dalam sehari. Faktor komitmen yang tinggi antara punca mengapa ramai yang memilih untuk membuat lebih daripada satu kerja. Selalunya ramai yang memilih pekerjaan kedua mereka seperti kerja freelance atau yang boleh work from home selepas waktu kerja atau pada hari weekend.

Tahu tak 5 kerja freelance ni boleh menjanjikan income yang lumayan sehingga ada yang boleh mencecah RM3,000 dan ke atas? Wow, masyuk tu! Kerja apa ye?

 

1. Jurufoto / Videografer

Income bagi kerja freelance ini boleh mencecah sehingga RM20,000 untuk job seperti majlis perkahwinan, event dan sebagainya.

 

2. Pemandu Grab

Mampu meraih sehingga RM6,000 sebulan. Sebagai contoh, sehari berjaya meraih sebanyak RM200, maka sebulan mencecah lebih kurang RM6,000.

 

3. Agen Dropship

Ini antara kerja freelance yang disukai ramai. Jangan tak tahu, jadi agen dropship sekarang ni boleh meraih keuntungan sehingga RM3,000 sebulan. Ada yang lebih dari itu!

 

4. Programmer

Ini antara kerja freelance yang memerlukan kemahiran. Untuk pengetahuan, kerja freelance sebagai programmer ini boleh meraih hampir RM100,000 untuk satu sistem yang dibuat dalam masa tiga bulan.

 

5. Wedding Planner

Bagi yang tak tahu, kerja sebagai wedding planner ini sebenarnya boleh meraih hingga RM10,000 untuk satu event saja. Bayangkan kalau ada 4 majlis dalam sebulan? 

 


Jom sertai Genting Skyworlds! Lebih 170 jawatan kosong disediakan. 

Pihak genting akan berada di seluruh semenanjung Malaysia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka. Jika berminat, klik link dibawah untuk mengetahui Lokasi, Masa, sesi temuduga di negeri anda!