Sejak beberapa tahun dulu, ramai dalam kalangan kita yang dah mula buat lebih daripada satu kerja. Seperti sudah menjadi kebiasaan melihat ada yang sampai tiga kerja dibuat dalam sehari. Faktor komitmen yang tinggi antara punca mengapa ramai yang memilih untuk membuat lebih daripada satu kerja. Selalunya ramai yang memilih pekerjaan kedua mereka seperti kerja freelance atau yang boleh work from home selepas waktu kerja atau pada hari weekend.

