Korang yang sudah beli awal tiket penerbangan ke negara seperti Jepun, Korea dan sebagainya terpaksa membatalkan niat untuk ke sana agar tidak membahayakan diri dan mengelakkan daripada terkena jangkitan wabak ini.


by Aidil Aizuddin
Korang yang sudah beli awal tiket penerbangan ke negara seperti Jepun, Korea dan sebagainya terpaksa membatalkan niat untuk ke sana agar tidak membahayakan diri dan mengelakkan daripada terkena jangkitan wabak ini.
Untuk pengetahuan anda, tuntutan ini hanya untuk tempahan penerbangan bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2020 sahaja. Mudah sahaja cara untuk minta refund. Baca cara-caranya di bawah ini:
1. Layari laman sesawang AirAsia dan klik ‘chat with AVA’.
2. Klik REFUND > AIRASIA NEW REFUND REQUEST > FLIGHT CANCELATION REFUND > Klik YES.





3. Isikan semua maklumat yang diminta seperti nombor booking, nama keluarga, nama pelanggan, tarikh lahir dan emel yang digunakan semasa tempah tiket.
4. Taip N jika batalkan salah satu penerbangan dan taip Y jika batalkan semua penerbangan (nombor tempahan itu sahaja).


5. Pilih nama pelanggan yang nak ‘refund’ tiket (jika semua pelanggan, masukkan semua ikut format yang diminta).
6 .Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.



7. Pilih ‘refund’ pilihan anda sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.
8. Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.
Selesai semua langkah ini, status refund anda kini adalah ‘dalam proses’. Kebiasaannya proses tuntutan akan ambil masa dalam 30 hari tetapi ada juga dalam tempoh lebih kurang seminggu wang akan dimasukkan ke akaun sama ada akaun BigPay atau akaun bank.
Untuk semak status tuntuan anda, boleh chat with AVA, ‘Check Refund Status’ dan masukkan Number Case anda. Mudah bukan? KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB AIRASIA