Netizen Perli Juara Clever Girl Malaysia Menang Ikut Nasib
# Trending Semasa

Netizen Perli Juara Clever Girl Malaysia Menang Ikut Nasib

post by null

by Admin

May 22, 2016
pada 9:39 AM

Clever Girl Malaysia (CGM) merupakan rancangan edisi pertama yang berkonsepkan kuiz melalui terbitan TV3. Rancangan ini telah menarik minat masyarakat terutama sekali golongan muda untuk menonton. Semalam, 22 Mei 2016 merupakan malam akhir untuk program berkonsep kuiz tersebut. Juara untuk edisi pertama rancangan tersebut telah dimenangi oleh peserta dari negeri Kelantan iaitu Fatin. Nama sebenarnya adalah Fatin Nuraisya Mohd Hanipha, 28 tahun dan bekerja sebagai peguam. 

Apa yang nak diceritakan disini, kemenangan yang diperolehi oleh Fatin telah menyebabkan rasa tidak puas hati oleh penonton rancangan tersebut. Kemenangan Fatin sebagai juara Clever Girl Malaysia telah menjadi bualan hangat di laman sosial dengan lontaran komen-komen yang tidak memuaskan.

Antara komen-komen yang diberikan kepada Fatin iaitu juara CGM ialah seperti gambar screenshot di bawah:

 

Ni bukan Clever Girl tapi Lucky Girl

 

Alahai! Kesian Fatin sebab kena kutuk kat laman sosial tentang kemenangan dia semalam dalam rancangan CGM. Korang janganlah mengata dia. Mungkin, itu adalah rezeki untuk dia dan dinobatkan sebagai juara. Apa-apapun, kami ucapkan tahniah kepada Fatin yang menjuarai rancangan terbitan TV3, Clever Girl Malaysia, 2016.