Salah satu cara yang dilakukan untuk menyingkirkan debu atau kotoran yang melekat serta singgah di cermin depan kereta adalah dengan menggunakan air wiper yang dipancutkan keluar dari nozel khas atas bonet.


by Haziqah Muhamad
Salah satu cara yang dilakukan untuk menyingkirkan debu atau kotoran yang melekat serta singgah di cermin depan kereta adalah dengan menggunakan air wiper yang dipancutkan keluar dari nozel khas atas bonet.
Air wiper tersimpan dalam tabung khas (dengan simbol cermin dan air) di sebalik bonet dan perlu diisi jika habis. Ada pemandu sekadar isikan air paip sahaja, dan ada yang mencampurkan air dengan sabun khas yang dibeli dari kedai aksesori kereta. Tidak kurang yang campurkan syampu mandi, dan jangan terkejut guna cuci pinggan pun ada.

Jawapannya boleh! Sabun cuci pinggan boleh digunakan sebagai campuran air wiper. Sabun cuci pinggan lebih baik berbanding syampu. Hal ini kerana syampu mengandungi telalu banyak campuran zat yang mungkin berisiko merosakkan permukaan cermin kereta.
Syampu atau sabun cuci pinggan boleh digunakan sebagai campuran air wiper kerana memiliki kesan menanggalkan minyak. Ini baik untuk cermin depan kereta yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persekitaran.

Walau selamat dan boleh membantu membersihkan cermin depan kereta, perlu diingat untuk tidak memasukkan terlalu banyak sabun cuci pinggan ke dalam campuran air wiper. Hanya beberapa titis saja, dan jangan sampai tangki air wiper berbuih sampai boleh buat salur penyembur tersumbat. Bahan cuci kaca yang sering digunakan untuk mengemas rumah juga boleh digunakan.
Sumber: suzuki.co.id