Patut Ke Majikan Ambil Pekerja Sementara?
# Pengetahuan Pekerja

Patut Ke Majikan Ambil Pekerja Sementara?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 3, 2020
pada 1:36 PM

Pekerja sementara digajikan untuk membantu majikan dalam perniagaan mereka. Namun ini sekali gus akan membantu daripada segi pengurangan kos pengambilan pekerja tetap. Beruntunglah seorang majikan tu kalau dapat seorang pekerja sementara yang berdedikasi, berdikari dan boleh melakukan kerja dengan pengawasan minimum kan? Kalau kena gaya, majikan akan ambil jadi pekerja tetap pula!

 

Kenapa Ambil Pekerja Sementara?

  • Permintaan yang banyak dari pelanggan (musim perayaan)
  • Menggantikan pekerja tetap yang cuti sakit atau bersalin
  • Tempoh masa bekerja 'short-term'

 

Selalunya pekerja sementara ni ada dua kategori, Part Time atau Full Time. Jarang-jarang pekerja sementara mendapat manfaat sama seperti pekerja tetap. Pekerja sementara boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa (bergantung kepada keperluan majikan). Tapi pekerja sementara sebenarnya sama seperti pekerja tetap yang lain. Ada yang perlu menghadiri meeting, event dan sebagainya.

Berbeza pula bagi pekerja sementara, di zaman yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan ini, kadang kala ada job seeker yang merebut mana-mana peluang yang datang. Dan ramai juga job seeker yang berjaya menjadi pekerja tetap selepas menjadi pekerja sementara. Tak mustahil ya! Asalkan tugas yang diberikan dapat dibuat dengan baik dan seperti yang diharapkan oleh majikan. Situasi ini dinamakan win-win situation!

 

Anda seorang majikan? Mahukan pekerja segera & berkualiti? 

Iklankan kerja kosong syarikat anda di sini! >>> https://bit.ly/3eOFZY5