Tak Ada Mood Nak Kerja? 5 Filem Ini Mesti Buat Korang Semangat Balik!
# Gaya Hidup

Tak Ada Mood Nak Kerja? 5 Filem Ini Mesti Buat Korang Semangat Balik!

post by AZSY

by AZSY

Aug 13, 2020
pada 3:55 PM

Tak tahulah kenapa, hari ini semua benda rasa macam tak kena. Pagi tadi bos dah panggil masuk bilik sebab laporan kerja yang kita hantar minggu lepas tak begitu memberangsangkan. Itu belum lagi rakan sekerja kita buat hal tumpahkan air milo atas baju kemeja. Client pula tak berhenti telefon kita minta update perkembangan projek semasa. Memang tak ada mood langsung nak kerja. 

Bila fikir balik, memang sakit kepala kita dibuatnya. Rasa macam nak balik rumah dan tidur puas-puas. Semua yang kita buat macam tak menjadi. Ha, jangan down lama sangat. 

Nah, kami ada cadangan macam mana nak naikkan balik mood korang dengan 5 filem terbaik pilihan kami. Balik kerja nanti, korang bolehlah marathon!

Pursuit of Happyness

OMG! Rasanya filem ini memang akan buat semua orang menangis dna mensyukuri apa yang ada. Bukan mudah nak menjadi seorang usahawan dan yakinkan semua orang untuk jual barang dan produk yang kita ada. Dalam keadaan yang tak ada duit, Chris sanggup buat apa sahaja untuk pastikan anak dia dapat makan. Tengoklah kecekalan Chris ini kalau korang rasa nak putus asa dengan kehidupan. 

Forrest Gump

Tak semua orang dilahirkan normal. Seorang lelaki bernama Forrest Gump dilahirkan dalam keadaan IQ yang penuh rendah membuatkannya menjadi bahan ejekan dan dipulaukan kawan-kawan. Tapi dia ada bakat berlari yang sangat hebat. Mungkin sebab dia dibesarkan dengan semangat luar biasa ibunya, dia akhirnya menjadi lelaki yang kuat dan unik. Filem wajib tengok kalau korang rasa macam korang insecure orang lain. 

Rudy Habibie

Filem Indonesia yang merupakan sekual kepada Habibie Ainun yang merupakan filem perjalanan kehidupan mantan presiden ketiga negara itu iaitu BJ Habibie. Dalam filem ini korang akan dapat tengok ketabahan Rudy terbang ke German untuk menunaikan impiannya iaitu mencipta lapangan terbang pertama bagi negaranya yang tercinta. Beliau pernah nak putus asa dan nak pulang ke tanah air sebab mengalami masalah kewangan. 

Miracle in Cell Number 7

Sebelum jadi apa-apa, kami nak beritahu yang filem ini memang sedih gila dan korang mungkin akan menangis selama tiga malam. Mengisahkan tentang seorang perempuan yang berusaha keras menjadi seorang peguam untuk membela nasib ayahnya yang dianiaya. Dalam filem ini juga korang akan belajar bahawa betapa jijiknya hidup ini jika dipenuhi dengan orang yang menggunakan kuasa untuk menjatuhkan orang lain. Bawa tisu siap-siap okay!

Adiwiraku

Antara filem anak Malaysia yang paling menyentuh dan mesej yang dibawakan pun sangat penting apalagi kalau korang adalah seorang guru. Mengisahkan kehidupan seorang guru bahasa Inggeris iaitu Cheryl Ann mengajar di sekolah pedalaman. Ada macam-macam karenah murid yang dia kena hadap tapi semuanya berjaya diatasi melalui pertandingan Choral Speaking.

 

Itulah antara filem yang kami cadangkan. Korang kalau down, ada ke filem tertentu yang korang tengok? Cuba share sikit.