Penat Hadap Jam Hari-Hari Nak Pergi Kerja? Hilangkan Penat Korang Dengan 3 Cara Ini!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Penat Hadap Jam Hari-Hari Nak Pergi Kerja? Hilangkan Penat Korang Dengan 3 Cara Ini!

post by null

by Admin

May 26, 2016
pada 8:25 AM

Lumrah orang berkerja lah tambah-tambah lagi area Kuala Lumpur yang tak boleh lari dari jam. Kadang-kadang dari 30 minit nak ke office boleh jadi 2 jam. Siapa yang tak stress kalau hari-hari macam tu bukan? Jadi kami ada beberapa tips untuk korang elakkan stuck dalam jam dan pergi ke office dengan hati yang senang. Macam mana?

1. Naik la LRT

Sekarang ni LRT sudah tambahkan lagi route dan yang terkini Kelana Jaya LRT Line Extension Project (LEP) akan siap sepenuhnya bulan depan.  Korang yang tinggal area Subang pun dah boleh access KTM even dari depan rumah je.

Datuk Zohari Sulaiman, CEO Prasarana Rail dan Instratructure Project Sdn Bhd mengatakan bahawa penambahan sebanyak 13 stesen baru di  Subang Jaya untuk kesenangan orang ramai yang bekerja di sekitar Klang Valley. Senang bukan kalau naik LRT je ke office, tiket berpatutan, cepat, dan tak payah nak hadap jam berjam-jam tu.

2. Nak glamour sikit? Gunalah service Uber

Uber ni bukan benda baru lagi untuk orang yang tinggal di area KL. Service ni boleh dikatakan agak modern dan hipster sebab guna apps. Download app, select driver mana yang korang nak dan terus naik.

Senang kan? Jangan risau, service ni tak bahaya sebab dalam app tu boleh tengok siapa driver, details, no plat kereta dan kalau risau juga, boleh share journey korang tu dengan siapa-siapa untuk trace korang.

3. Exercise lah sikit.

Bagi yang bekerja dekat dengan rumah, apa salahnya kalau korang ambil masa untuk berjalan. Bukan sahaja jimat duit tapi sihatkan badan juga. Jadi tak ada lagi alasan takde masa nak exercise jaga badan semua. Tak perlu lagi ke gym hujung minggu, jimat kan?

Kesemua tips ni amat berguna tambah-tambah lagi bagi mereka yang baru sahaja mula berkerja. Kena pandai simpan duit, dan buat tempoh yang awal-awal lagi ni, bersusah-susah la dulu untuk kesenangan masa depan. Tak perlu nak bergaya bawak kereta besar ke office kalau hujung bulan kena ikat perut. Jadi esok nak ke office naik apa?