Wanita Ini Dedah 3 Kunci Kejayaan Dalam Temuduga!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Wanita Ini Dedah 3 Kunci Kejayaan Dalam Temuduga!

post by null

by Admin

May 27, 2016
pada 5:44 PM

Semua orang ingin berjaya dalam apa yang dilakukan. Tak kisahlah sama ada ia berkaitan dengan perkara peribadi mahupun kerjaya. Bukan apa, selain dapat membentuk minda positif, anda juga akan menjadi lebih produktif. Betul tak?

Bagaimanapun, dalam kerjaya, tak semua dapat merasa nikmat kesenangan yang sama. Ada diantara kita yang terpaksa struggle demi menjamin sesuap nasi. Oleh itu, langkah pertama iaitu sewaktu temuduga amat penting demi menjamin masa depan anda.

Justeru itu, wanita yang dikenali sebagai Mastura Mansor ini telah berkongsi 3 kunci utama sekiranya anda ingin lulus temuduga. Jom kita lihat sama-sama!

Ada 3 kecenderungan utama majikan memilih pekerja.

Knowledge 

Ada sesetengah pekerjaan menitik beratkan pengetahuan. Pointer atau akademik adalah amat penting. Terutamanya kerja yang melibatkan otak.

Skill 

Kategori ini adalah khusus buat mereka yang ada pengkhususan kemahiran yang diperlukan. Paling penting adalah kerja-kerja yang melibatkan fizikal atau komunikasi.

Attitude

Banyak pekerjaan sedia ada meletakkan sikap melebihi akademik. Ramai majikan suka menggaji staff yang berakhlak baik. Sebut sahaja kerja apa pun...

Nota tambahan untuk graduan:

Apabila membaca iklan kerja, kenal pasti keperluan majikan. Mereka mencari pekerja kategori apa. Kemudian, nyatakan kelebiha diri di dalam resume sesuai mengikut kategori tersebut.