Lelaki Ini Tempelak Netizen Yang Batak Viralkan Salah Orang
# Trending Semasa

Lelaki Ini Tempelak Netizen Yang Batak Viralkan Salah Orang

post by null

by Admin

May 29, 2016
pada 7:48 AM

Zaman sekarang zaman netizen, boleh dikatakan setiap tingkah laku kita akan diperhatikan, silap sedikit habis viral. Gejala viral dalam kalangan orang kita ini memang dah tak dapat nak dibendungkan lagi. Sikap mereka yang terlalu mudah jatuh hukum orang lain sememangnya sudah berada di luar kawalan, namun begitu ada juga dengan perkara yang baik-baik.

Cuma masih ada lagi golongan-golongan 'keyboard warrior' yang sentiasa mencari kesalahan orang. Seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Muhammad Zukermi Bin Edi menceritakan rumah sahabatnya dimasuki pencuri. Namun berjaya diberkas melalui teknologi canggih daripada smartphone sekarang, memang dah jadi lumrah dan seolah-olah satu kewajipan bagi orang ramai untuk diviralkan gambar pencuri tersebut.

Sikap nyang suka membuka aib orang ini membuatkan dirinya untuk ingin menceritakan pengalaman hitam yang pernah dulalui, selami kisah 'kebodohan' yang akan membuatkan kita tersentak bila membacanya

Nak Tutup Aib Pencuri...Ada Yang Komen Tak Setuju Ditutup Mukanya. Ini Tiada Kaitan Dengan Aib Kata Mereka



Pengalaman Aku Sebagai Bekas Pencuri..Kita Sedang Buat Perkara Bodoh Tapi Kita Tak Rasa Bodoh

Kobodohan Juga Adalah Aib..Bayangkan Jika Pencuri Tu Diberi Hidayah Nanti, Tapi Satu Malaysia Dah Tahu Dia Mencuri, Kau Rasa Mudah Tak Dia Nak Cuba Berubah Jadi Baik?

Jika Kita Tak Bernasib Baik, Kita Pula Jadi 'Bodoh' Nanti..Kita Semua Pun Tak Sempurna

Bila lihat keadaan masyarakat sekarang ni, kita seolah hanya nak jaga aib orang yang baik-baik saja.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, memang tak dinafikan ada juga kebaikan viral ini untuk menjadikan netizen peka dengan persekitaran dan membantu menyampaikan berita. Namun, bukanlah dengan cara membuka aib orang.