Skim ini adalah untuk membantu golongan belia yang masih bujang (macam aku) ataupun sudah berkahwin memiliki rumah pertama dengan mudah. Yang menariknya, kerajaan akan memberi abntuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.



